Monday, June 18, 2012

Talian 0888-888-888 berpuaka?


  

  Pada 2001, Vladimir Grashnov, ketua eksekutif sebuah syarikat telefon bimbit di Bulgaria mewujudkan talian telefon bernombor 0888-888-888 untuk nombor kegunaan peribadinya.

   Namun, tidak lama setelah menggunakan nombor tersebut, Vladimir yang berusia 48 tahun meninggal dunia akibat penyakit barah.

  Tidak lama selepas kematian Vladimir, seorang ketua mafia, Konstantin Dimitrov pula menggunakan talian tersebut. Sewaktu dalam perjalanan untuk memeriksa kegiatan penyeludupan dadah yang ditanganinya, Dimitrov yang berusia 31 tahun ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan di Amsterdam pada tahun 2003. Sewaktu kejadian, Dimitrov turut membawa telefon bimbitnya yang menggunaka talian tersebut.

  Setelah kematian Dimitrov, nombor berpuaka itu terumbang-ambing tidak bertuan sehinggalah Konstantin Dishliev, seorang ejen hartanah yang juga menjalankan penyeludupan kokain secara rahsia mengambil nombor tersebut untuk digunakannya.



Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam pada 2003.
Beliau adalah pemilik kedua nombor telefon 0888 888 888


 Tapi, tidak lama setelah menggunakan nombor berpuaka itu, Dishliev menemui ajal apabila ditembak mati setelah polis berjaya memintas perjalanannya yang cuba menyeludup dadah dari Colombia untuk memasuki Bulgaria pada tahun 2005.

  Sebenarnya dalam tempoh 10 tahun, nombor 0888-888-888 telah meragut tiga nyawa para pemiliknya. Rupa-rupanya nombor puaka itu ibarat sumpahan kepada pemiliknya.

 Akhirnya, syarikat telekomunikasi terpaksa bertindak membatalkan penggunaan nombor berpuaka itu agar maut tidak lagi mengejar pemilik seterusnya.

   Adakah ia hanya sekadar kebetulan semata-mata. Namun tindakan syarikat tersebut membatalkan penggunaannya menampakkan ia benar-benar berpuaka...



[Mastika, Julai 2011]

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...