Thursday, June 21, 2012

Bidadari & Perempuan dari Dunia

Assalamualaikum, harap sihat semua duhai para pembaca sekalian hendaknya. Terdahulu saya ada menerbitakan kiriman mengenai Kisah Kenikmatan Di Dalam Syurga. Kali ini saya mengutarakan pula isu mengenai Bidadari & Perempuan dari Dunia. Ceritanya memang menarik.

:: SELAMAT MEMBACA::

Bagaimana Perempuan Dari Dunia ?      

       Bila Bila di katakan bahawa para bidadari di syurga nanti kesemuanya jelita, terlalu rupawan serta serba serbinya paling menarik, maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum perempuan 'Ahli Dunia' akan muncul yang akan mengisi mahligai syurga kelak? Di dalam syurga kelak kaum perempuan 'Ahli Dunia' akan muncul jauh lebih rupawan dan menarik dari para bidadari itu sendiri. Wajah mereka lebih cantik dan jelita, kulit tubuh mereka lebih halus dan licin, demikian juga dengan perhiasan dan pakaian mereka jauh lebih menarik dan berharga dari perhiasan para bidadari di syurga. Pada waktu yang sama kaum perempuan dari dunia yang menjadi pengisi taman syurga nanti dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing. lnilah ganjaran yang paling bernilai untuk mereka di mana nanti mereka akan di beri tempat yang istimewa sesuai dengan kebajikan dan amal ibadat yang telah mereka kerjakan di dunia.

Kaum perempuan di beri kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai ujian yang pahit dan manis serta telah pun bertungkus lumus beribadat kepada Allah ketika hidupnya dulu. Di syurga nanti seorang perempuan yang telah bersuami akan terus kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dulu dan di sana nanti dialah yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya. Manakala bagi seorang yang telah berkahwin dengan lebih dari seorang lelaki ketika di dunia, maka di syurga nanti yang kelebihannya mereka akan di beri kebebasan untuk memilih salah satu dari lelaki yang pernah mereka kahwini dulu.

Perempuan-perempuan ini nanti akan tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliaannya daripada bidadari biasa di taman syurga. Dan seperti yang telah di nyatakan bahawa para penghuni taman syurga nanti tidak akan menghadapi masa yang gelap seperti malam. Sebaliknya di syurga nanti para penghuninya melalui hari-harinya seperti bertemu pagi dan petang dengan suatu nur ajaib menjadi cahaya yang bakal meliputi seluruh taman syurga. Di dalam syurga itu kelak tidak akan berlaku sebarang kekecohan, pergaduhan, pertengkaran, sakit hati, hasad dengki dan berbagai-bagai lagi di kalangan para penghuninya yang ramai itu apa lagi di kalangan berpuluh orang bidadari yang menjadi isteri setiap seorang dari lelaki syurga.

(Gambar Hiasan)

Ini kerana segala bibit perasaan dengki, irihati, sombong, bongkak serta sesuatu yang seumpamanya di kikis dan di bersihkan dari hati para penghuninya. Maka aman dan damailah dan akan sentiasa bergemerlapanlah perkampungan syurga setiap saat. Apabila lelaki yang beruntung mula di hantar ke mahligai masing-masing di perkampungan syurga maka akan menunggulah para bidadari yang bakal menjadi isteri masing-masing di pintu mahligai itu dengan kerinduan yang amat sangat. Akan berkatalah para bidadari itu ketika menyambut suami mereka di hari pertemuan paling bererti di syurga nanti. Terlalu lama kami menunggu kedatanganmu. Kami sentiasa riang dan tidak pernah bersedih. Kami sentiasa lurus dan tidak pernah berlaku serong, kami juga hidup dan tidak pemah mati. Mata bidadari itu mengerdip redup dan manis dan tidak henti-henti menatap wajah suami masing-masing dengan hati yang penuh kerinduan. Berkatalah lagi para bidadari itu, "Engkau adalah kekasih kami. Dan kami adalah kekasihmu dan kami juga tidak mengenal orang lain selain darimu."

Demikianlah suci dan bersihnya cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami masing-masing. Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi, mereka tidak akan terpikat dengan lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya. Suami kepada para bidadari itu telah di tentukan awal-awal lagi. Mereka sudah tahu siapakah bakal suami mereka di akhirat kelak. Mereka mulai mengenal suami masing-masing sejak kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi. Apa yang berlaku ke atas diri lelaki tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di Syurga nanti.

(Gambar Hiasan)

Sumpah Bidadari

Apabila seorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan menyebabkan suami tersebut tersinggung atau marah maka akan segeralah para bidadari di syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami dengan berkata: "Janganlah engkau menyakiti dia kerana ini akan menyebabkan kepada kemarahan Allah ke atasmu. Di sisimu cuma untuk sementara sahaja sebab di akhirat nanti yang menjadi suami kami pula". Di syurga nanti kaum lelaki yang menjadi penghulu dan raja di mahligai masing-masing akan menghadapi tempoh perkahwinan dan senggama yang paling nikmat dan lazat.

Senggama mereka tidak akan pernah di gugat oleh perasaan resah dan tenaga yang melemahkan, tanpa di hambat oleh perasaan bimbang kerana mungkin akan memperolehi anak yang ramai lantaran mereka tidak akan beranak lagi di syurga nanti. Kemewahan, kebahagiaan dan kesejahterasan para penghuni syurga menghadapi suatu kehidupan yang sebenar dengan kesenangan yang tidak pernah susut mahupun berkurangan iaitu suatu kehidupan yang kekal abadi. lnilah taman syurga untuk manusia yang mahu berfikir dan menggunakan akalnya kepada perkara-perkara yang kebajikan dan di redhai oleh Allah. Dan syurga itu sendiri bukanlah untuk golongan manusia yang melampaui batas dalam kehidupan mereka setiap hari ketika di dunia.

Demikianlah suci dan bersihnya cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami masing-masing. Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi, mereka tidak akan terpikat dengan lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya. Suami kepada para bidadari itu telah di tentukan awal-awal lagi. Mereka sudah tahu siapakah bakal suami mereka di akhirat kelak. Mereka mulai mengenal suami masing-masing sejak kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi. Apa yang berlaku ke atas diri lelaki tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di Syurga nanti.

Renungan:
‘Kehidupan di syurga memang seronok, tapi anda mesti menelan pahit dan onak dari dunia ini dulu sebagai ‘Ujian Amali’ utk ke syurga yg kekal abadi....’

p/s: Pastikan anda telah membaca artikel:

Sekian... 
Wassalam. Maas salamah wa ilal liqob.

Tuesday, June 19, 2012

Kenapa Perlu Ada Papan Tanda Itu?

   Di sebuah pasar, ada seorang lelaki menjual pelbagai jenis ikan. Lelaki itu menulis pada papan tanda di hadapan gerainya yang berbunyi: ‘Di sini menjual ikan segar’.

  Suatu ketika, datanglah seorang pembeli ke gerainya. Setelah membeli ikan, si pelanggan itu pun berkata: “Mengapa engkau perlu menulis perkataan ‘di sini’ pada papan tanda itu? Sedangkan semua orang memang tahu engkau berniaga ikan di sini, bukannya di sana!”

    “Betul juga kata pelanggan itu,” fikir si penjual ikan.

   Lantas dia memadam perkataan ‘disini’ pada papan tanda itu. Yang tinggal hanya tulisan ‘Menjual ikan segar’.

   Keesokannya, datang pula pelanggan lain. Pun sama, pelanggan itu memberi komen tentang papan tanda tersebut. Katanya: “Mengapa perlu tulis perkataan ‘segar’? Kan semua orang tahu yang kamu jual ikan segar, bukan ikan busuk!”

    “Betul juga katanya itu,” fikir si penjual ikan itu lagi.

   Lantas dia memadam perkataan ‘segar’ dari papan tanda gerainya itu. Yang tinggal hanya tulisan ‘Menjual ikan’.

   Pada hari yang lain, singgah singgah seorang pelanggan yang membeli ikan di gerainya. Pelanggan itu berkata: “Mengapa perlu tulis perkataan ‘Menjual ikan’? Bukankah orang tahu ikan ini untuk dijual, bukan untuk dipamerkan!”

   Si penjual ikan itu mengangguk kepala, tanda setuju dengan pendapat pelanggan itu. Lantas dia memadamkan perkataan ‘Menjual’. Tinggal sahaja perkataan ‘Ikan’ pada papan tanda tersebut.

   Keesokannya, datang pula pelanggan yang lain. Melihat tulisan tersebut, pelanggan itu berkata: “Mengapa kau perlu tulis papan tanda ‘Ikan’? Sedangkan orang tahu di sini memang menjual ikan, bukannya daging!

  Sekali lagi, si penjual tadi bersetuju dengan pendapat pelanggan itu. Akhirnya, dia menurunkan saja papan tanda gerainya. Tiada lagi papan tanda tergantung di hadapan gerainya seperti selalu.

   Sejak itu, si penjual ikan mula merasakan kelainan. Pelanggannya mula berkurangan, tidak seramai dulu. Sebaliknya gerai lain yang menjual ikan lebih mendapat sambutan hebat. Dan apa yang diperhatikannya, peniaga-peniaga lain tetap memasang papan tanda: ‘Ikan untuk Dijual’ di hadapan gerai masing-masing.

  Barulah si penjual ikan itu berfikir, apa masalahnya jika dia terus menggantungkan papan tanda tersebut sedangkan selama ini ia langsung tidak memberi risiko yang buruk terhadap perniagaannya.

  Tetapi, sebaik sahaja dia bertindak membuang papan tanda itu perniagaan ikannya terus merundum. Penjual ikan berfikir, mengapa dia tidak yakin kepada kebolehan dirinya sendiri dan asyik mendengar ‘cakap-cakap’ orang yang belum pasti kebenaranya?

   Pembaca sekalian, jika anda mahu memuaskan hati semua orang, yakinlah bahawa ia sesuatu yang mustahil untuk dilakukan, bahkan ia mungkin akan merugikan diri kita sendiri kelak.  Fikir-fikirkanlah.

[Mastika, November 2011, halaman 36 & 37]

p/s: tak perlu ikut cakap orang tentang strategi berniaga. Kalau boleh ikutlah nasihat tetapi rujuklah dengan yang pakar-pakar berniaga bukan orang yang kita tak tahu tahap ilmunya.....

Monday, June 18, 2012

Talian 0888-888-888 berpuaka?

  Pada 2001, Vladimir Grashnov, ketua eksekutif sebuah syarikat telefon bimbit di Bulgaria mewujudkan talian telefon bernombor 0888-888-888 untuk nombor kegunaan peribadinya.

   Namun, tidak lama setelah menggunakan nombor tersebut, Vladimir yang berusia 48 tahun meninggal dunia akibat penyakit barah.

  Tidak lama selepas kematian Vladimir, seorang ketua mafia, Konstantin Dimitrov pula menggunakan talian tersebut. Sewaktu dalam perjalanan untuk memeriksa kegiatan penyeludupan dadah yang ditanganinya, Dimitrov yang berusia 31 tahun ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan di Amsterdam pada tahun 2003. Sewaktu kejadian, Dimitrov turut membawa telefon bimbitnya yang menggunaka talian tersebut.

  Setelah kematian Dimitrov, nombor berpuaka itu terumbang-ambing tidak bertuan sehinggalah Konstantin Dishliev, seorang ejen hartanah yang juga menjalankan penyeludupan kokain secara rahsia mengambil nombor tersebut untuk digunakannya.

Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam pada 2003.
Beliau adalah pemilik kedua nombor telefon 0888 888 888

 Tapi, tidak lama setelah menggunakan nombor berpuaka itu, Dishliev menemui ajal apabila ditembak mati setelah polis berjaya memintas perjalanannya yang cuba menyeludup dadah dari Colombia untuk memasuki Bulgaria pada tahun 2005.

  Sebenarnya dalam tempoh 10 tahun, nombor 0888-888-888 telah meragut tiga nyawa para pemiliknya. Rupa-rupanya nombor puaka itu ibarat sumpahan kepada pemiliknya.

 Akhirnya, syarikat telekomunikasi terpaksa bertindak membatalkan penggunaan nombor berpuaka itu agar maut tidak lagi mengejar pemilik seterusnya.

   Adakah ia hanya sekadar kebetulan semata-mata. Namun tindakan syarikat tersebut membatalkan penggunaannya menampakkan ia benar-benar berpuaka...

[Mastika, Julai 2011]

Thursday, June 14, 2012

Jangan Hampiri Zina

(Di sebuah IPT, terdapat satu pasangan sedang berdua-duaan di suatu tempat kononnya sedang belajar. Lalu datang seorang lelaki dari badan dakwah di IPT tersebut ternampak lalu menegur perilaku mereka. Demikian adalah dialog perbualan di antara mereka.)

(Gambar Hiasan)
                                                      
(Pasangan)  Kami tidak berzina !
(Pendakwah) Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum. Adakah itu menghampiri zina?
:: Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
:: Hari ini, ya. Esok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan Syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya Iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapakah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalaman banyak. Ia ada 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah SAW:

 Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan. (Hadis riwayat Tabrani)

:: Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon & hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun !
:: Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
:: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasihnya dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman. (HR Muslim dan Abu Daud)

:: Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja.
:: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hamba-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi, belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni ‘study group’.
:: Study Group ? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.Takkan ‘study group’ berdua saja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ya pun, carilah rakan belajar ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni. Betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu bayak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh bincang pelajaran.
:: Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia.

Kami sama-sama belajar, ‘study group’, saling memberi semangat dan motivasi.
:: Tak ada kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar dengan hanya kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada ruang langsung yang dibenarkan Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri?
:: Naluri adalah sebahagia daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh bunuh naluri sepertimana yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri.

:: Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri/nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.
:: Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan kabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa ‘sesuatu’ yang lebih baik iaitu perkahwinan.
Sabda Rasulullah:

 Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (HR Ibni Majah)

:: Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?
:: Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudia perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk makin rapat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam. Bukankah mereka semakin hampir dan sekat dengan perzinaan.

:: Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai ke daerah perzinaan. Kasihanilah ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih berish tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun.

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
:: Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan diuji?
:: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allahtelah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu iktibar untuk manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan maka buah Khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaanNya, manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah SWT:

Wahai Adam! Tinggallaah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanan sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan jadilah kamu dari orang-orang yang zalim.  (Surah al-A’araf)

:: Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
:: Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang memujuk.

:: Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasanga semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang. Penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
:: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan.  Allah yang akan menganugerahnya.

:: Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mulanya sudah canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sedikit, adik angkat, kakak angkat, abang angkat oleh ke? Ganti bercinta.
:: Semua itu adalah perangkap Iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya Iblis dan syaitan. Budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi, seolah-olah orang yang bercinta hilang maruah diri?
:: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk cinta akan menyatakan orang yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya.

:: Manakala, bagi orang yang menjaga diri tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
:: Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang pernah berzina juga. Mereka tidak layak berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Nur: ayat 3)

:: Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu satu penghinaan Tuhan.

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahiwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
:: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
:: Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
:: Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu.
:: Mana ada orang lelaki normal suka pada barang yang ‘second hand’ sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
:: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Alllah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina). Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (al-Ahzaab:ayat 35)

Bagaimana kami?
:: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendpt redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha?
:: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:

Pertama; Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
Kedua; Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
Ketiga; Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas Ijab & Kabul.

:: “Ya Allah. Hamba-Mu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepada ku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepada ku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa.Kalian jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hamba-Mu berdosa.....
Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.”

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!
:: “Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.”

(Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka selama ini. Mereka redha atas segala-galanya dan suatu hari nanti jodoh bakal menyatukan mereka berdua.)

5 TAHUN KEMUDIAN.........

    Suasana bingit dan riuh-rendah menyelubungi rumah Pak Kasim di Kampung Tok Konan, Kepala Batas. Segala persiapan majlis telah diadakan. Tetamu-tetamu pun hadir. Masing-masing memberi laluan kepada pengantin yang bakal tiba. Dan yang menariknya, pasangan pengantin tadi adalah mereka yang pernah bercinta dahulu. Setelah mereka memutuskan percintaan mereka kerana Allah SWT, akhirnya dipertemukan oleh Allah SWT kembali. Keputusan bijak yang diambil oleh lelaki tersebut untuk meminang gadis tersebut setelah mendapat pekerjaan tetap ternyata berbaloi.

    Kini, percintaan mereka dibina semula dengan cara yang halal (selepas Ijab & Kabul). Apa yang mereka lakukan ini lebih di redhai dan disukai oleh Allah SWT. Dan yang paling utama, sudah tentu jalan ataupun pintu kepada perzinaan telah tertutup di antara mereka berdua. Yang halal sudah pun dalam genggaman mereka. Cinta itu memang suatu fitrah, tetapi bagaimanakah acuannya yang mahu kita bentukkan, samada acuan yang halal ataupun yang haram.

    Jadi, sebagai manusia kita perlulah mengikuti segala perintah Allah SWT supaya kehidupan kita sentiasa bahagia, Insya-Allah.

Lihat juga>  KISAH BENAR: Mengapa Aku Dilahirkan Begini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...