Wednesday, June 22, 2016

Q I S A S



‘PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA TERLIBAT SKANDAL DADAH.’ Terpampang hangat tajuk tersebut di muka depan akhbar Salam Satu. Jadi fokus ramai. Mereka berpendapat skandal itu cumalah rekaan untuk menjejaskan reputasi beliau selaku pemain top negara. Penyokong kelab, peminat setia, teguh konkrit dibelakang beliau. Merekalah defender terbaik!

“Ini cumalah fitnah untuk menjatuhkan karier saya,” tegas Saifudin pada sidang media.

“Bukan awak?” soal wartawan.

“Ini fitnah!” tegas beliau.

***

Di villa sepi. Roda wheel chair dikunci kemas. Seorang lelaki bersandar tenang. Tonton berita. Ketawa sendiri.

“Kau takkan selamat. Takkan! Haha!.” ketawa dia persis psikopat.

“Karma!” suaranya bergema luas.

***

Saifudin termenung. Biarpun terselamat dari isu dadah, namun sesuatu bermain di fikirannya.  Dia sering dilanda kegelisahan. Berat badan makin menurun, kurang sado seperti dulu. Kini, depresi menghantuinya. Layar ingatannya mengimbau kembali memori lima tahun dahulu.

“Pantang player muda hina ‘star’ macam aku!” bentak Saifudin dalam hati.

“Bunuh sajalah! Bunuh! Bunuh!,” batin berhaluan kirinya mulai menghasut.

“Bagaimanakah?” soal sendirian.

“Dadah....dadah!”

Lazhexophil- dadah sintetik baharu, dimasukkan Saifudin ke dalam botol minuman Aman semasa sesi latihan. Dadah tersebut memberi kesan seperti penghidap AIDS: mati atau jadi mayat hidup.

‘Akhbar Salam Satu: Aman pemain muda negara, meninggal dunia akibat dadah.’ Saifudin puas!

***

Masa berlalu, kondisinya makin buruk. Prestasi merundum. Sudah dua bulan dia direhatkan atas faktor kesihatan. Ketika tidur, dalam mimpi dia didatangi lelaki berkerusi roda.

“Mampus kau celaka! Aku tunggu lama, masih belum mampus!” picagari gergasi diacu ke arah Saifudin.

“Kau siapa? Hah?” soalnya.

“Algojooo!!!”

“Binatang apa tu?”

“Lagi dahsyat dari tedung senduk!”

“Motif?”

“Qisas!”

“Apa salah aku?”

“Konspirasi bunuh.”

Lelaki berkerusi roda bangun, menikam leher Saifudin dengan picagari tersebut. Dia jatuh. Mata terbuntang putih.

“BERITA UTAMA: Pemain nombor satu negara, Saifudin Halim ditemui mati di rumahnya berpunca dari suntikan dos berlebihan dadah jenis Lazhexophil.. bla...bla...bla.” 

pendeta beruk
20/5/15

Friday, March 13, 2015

[ 11 FOTO ] Seni Lukisan Surrealisme Yang Tersirat Makna





      Pernahkah anda melihat seni lukisan yang membuatkan otak anda ligat mencari makna disebaliknya? Lukisan ‘spesis’ ini lebih dikenali dengan ‘surrealism art’. Beberapa seni ilustrasi satira penuh sarkastik karya Pawel Kuczynski, 39 yang berasal dari Poland ini untuk tatapan kali ini.


Beliau dilahirkan pada tahun 1976 di Szczecin. Telah menamatkan pengajian Akademi Seni Halus di Poznan dengan pengkhususan dalam grafik. Sejak tahun 2004 beliau banyak melukis seni ilustrasi satira, dan setakat ini beliau telah diberi lebih daripada 100 hadiah dan kepujian. Pada tahun 2005 beliau menerima "Eryk" hadiah daripada Persatuan Kartunis Poland, untuk para kartunis yang baharu, dengan beberapa rekod anugerah dalam pertandingan antarabangsa.


Setelah sekian lama belog ini menyepikan diri, kali ini ia kembali bersama posting yang menggerakkan gear otak anda! 























































p/s: Apakah maksud tersiratnya? Pendapat anda?


Wednesday, December 3, 2014

[ PUISI ] Kebun Bunga

 



KEBUN BUNGA

jalan-jalan kebun bunga,
bukan ‘feeling’ cinta-cinta,
tapi selongkar cari makna diri,
jangan luput rasa syurgawi.
          
belek bunga cium rasa,
bukan kera dapat bunga,
erti rasa diterjemah makna,
hilang azab neraka dunia.

diam bisu zikir mantera,
renung masalah usul formula,
atur ubah ikut linear,
susun aksara simpan algebra,
graf jiwa dilakar minda.

rona bunga cetus rasa,
tenang, bahagia,
padam semua sarap-sarap,
segala yang kusam,   
ku ubah jadi terang bercahaya.


Nukilan: cermin tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...