Tuesday, June 12, 2012

KISAH IBLIS DI DALAM MASJID


                                                
    Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah s.a.w pergi ke masjid, apabila Rasulullah s.a.w telah terpandang Iblis dekat pintu, lalu Rasulullah s.a.w pun bertanya: “Wahai Iblis! Apa yang kamu buat disini?”

      Berkata Iblis: “Sebenarnya aku hendak masuk ke dalam masjid untuk menganggu seorang yang sedang sembahyang, tetapi aku takut kepada orang yang tidur dekat orang yang sedang sembahyang ini.”

     Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi; “Wahai Iblis! Kenapa kamu tidak takut kepada orang yang sedang sembahyang, sedang dia dalam beribadah dan berbisik kepada Allah s.w.t, dan engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedangkan dia dalam keadaan lalai?”

     Lalu Iblis berkata: “Orang yang sedang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu orang alim, kalau saya berjaya menganggunya sehingga merosakkan sembahyangnya itu, saya khuatir orang alim itu akan bangun dan akan segera memperbetulkan sembahyang orang itu.”


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...