Friday, March 30, 2012

Adakah Homoseksual Satu Penyakit?


      
   Bukan salah tindakan pihak berkuasa, kerana yang mereka lakukan itu adalah menepati hukum dan mengikut undang-undang negara. Sebaliknya berita-berita tersebut menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena dengan segelintir pemuda dan pemudi di negara ini; yang perempuan inginkan perempuan manakala lelaki inginkan lelaki.

    Dahulu kaum ini pernah dihapuskan Allah sperti digambarkan dalam Surah al-Ar’raaf: 80-84.

Surah Al- A'Raaf ayat 80 : Dan Nabi Lut (a.s) juga (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya :"Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

Ayat 81 : "sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meningalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

Ayat 82 : Dan tidak ada jawapan dari kaumnya selain daripada berkata : "usirlah mereka (Nabi Lut (a.s) dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (menda'wa) mensucikan diri.

Ayat 83 : Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

Ayat 84 : Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

Bukti kehancuran Kaum Nabi Luth A.S yang ingkar
perintah Allah & Rasul....

    Nampaknya kelompok ini masih ada, bukan sahaja di negara-negara Barat, tetapi juga negara Islam seperti di Malaysia. Bezanya, disini aktiviti mereka masih di jalankan secara tersembunyi. Di Barat, homoseksualiti sudah diperjuangkan secara terang-terangan, sehingga sudah ada yang berjaya mendapatkan hak untuk ‘berkahwin’.

    Masalah ‘kelainan’ seksual ini merupakan masalah yang cukup rumit. Secara umum, kita sebagai bangsa Timur yang majoritinya Islam, memandang soal ini sebagai penyimpangan yang serius daripada norma-norma kehidupan yang positif. Tetapi di sesetengah negara Barat seperti Amerika dan Britain, ‘kelainan’ ini tidak lagi dianggap sebagai satu penyimpangan seksual, malah kelompok agama juga berbelah bahagi, ada yang pro dan kontra.

Homoseks yang telah wujud di Malaysia....
Nauzubillah....


    Lelaki tertarik secara seksual kepada lelaki bukanlah sifat manusia lelaki yang normal. Sebahagian mereka berasa bersalah terhadap orientasi seksualnya, sehingga mereka menyembunyikan perasaan tersebut. Ada yang menjadi heteroseksual atau mencari bantuan perubatan.

    Sungguhpun begitu, ada juga kelompok tidak setuju dengan kelompok yang menyembunyikan perasaan homoseks tersebut. Menurut mereka manusia mempunyai kecenderungan dalam kebaikan kerana ada roh atau spirit Tuhan yang ditiupkan kepadanya, dan mempunyai keinginan nafsu terhadap yang dilarang kerana adanya syaitan yang selalu berbisik-bisik di hati manusia.

    Pelbagai teori diajukan untuk menjelaskan homoseksualiti. Beberapa kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai ayah yang lemah, atau membesar tanpa serta mempunyai hubungan emosi yang erat dengan ibu, lebih cenderung menjadi homoseksual.
             
    Pengaruh kelainan genetik atau ketidakseimbangan hormon tidak menyokong terjadinya homoseksual. Ini jelas dalam penjelasan Akhi Mubariq Ahmad mengenai homoseksual dan lesbian. Penjelasan ini disokong oleh kajian ilmu genetik.


Adakah genetik harus dipersalahkan..???
                               
    Manusia mempunyai physchological preference dan ada behavioral preference. Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi, terutama dalam keperluan biologi manusia. Menurut kajian, orang yang mempunyai kesukaan terhadap sesama jenis rata-rata tidak mampu mengawal behavioral preference mereka.

    Physchological preference menginginkan orang tersebut untuk suka sesama jenis, dan apabila behavioral preferencenya juga menghendaki yang sama, maka orang tersebut akan hidup sebagaimana perilaku homoseksual. Bila orang tersebut mampu mengendalikan behavioral preferencenya maka orang itu akan hidup sebagaimana perilaku heteroseksual.

    Physchological preference adalah suatu yang tidak boleh diubah, seperti orang normal (bukan gay) lebih suka memilih pasangan berlainan jenis. Sebagaimana dgn gay, Physchological preference mereka lebih suka memilih hubungan sesama jenis. Tetapi perilaku seks homoseksual boleh dikawal dgn behavioral preference itu tadi.

    Homoseksual bukanlah suatu penyakit, tetapi hanyalah nafsu. Sebagaimana Akhi Mubariq Ahmad katakan bahawa, “Syaitan selalu menyuruh atau mempengaruhi manusia supaya melakukan sesuatu yang terlarang. Sudah jelas bahawa homoseksual adalah haram, tidak ada kompromi lagi. Dan nafsu untuk melakukan hubungan dgn sesama jenis bolehlah dikawal, sebagaimana kita mengawal nafsu-nafsu yang lain.”

    Sebagaimana orang yg biasa rasuah, homoseksual juga susah mengawal nafsu mereka. Jadi, di sinilah perlu bantuan saudara-saudara yang lain. Janganlah kita menjauhi serta mencaci maki orang-orang yang sudah jelas atau agak homo, apalagi mereka yg ingin berusaha mengawal nafsu haram tersebut, diperlukan toleransi dan usaha.

      
NAFSU & SYAITAN
yang menjadi 'pendorong setia'..
        
    Toleransi bukan dalam hal perbuatan tersebut, melainkan dgn perlakuannya. Yang buruk adalah kelakuannya, bukanlah orangnya yg tidak luput dari dosa. Juga diperlukan satu suasana di mana segala kegiatan homoseksual tidak tersedia, seperti tempat-tempat pelacuran, peralatan seks yang bersedia menggantikan alat kelamin, serta perbaikan sistem di penjara-penjara. Memang perlu suatu usaha yg menyeluruh, dan jangan biarkan mereka yang homoseksual atau lesbian terus terjerumus dalam kemaksiatan yang nyata. [CeriteraUtara Blog]

Thursday, March 8, 2012

KISAH SUAMI YANG 'COOL'



Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.
Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la, pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!!




Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..” Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh…..




Mmm..sedap nyaa...kalau tak sedap aku tak tau la.....

Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…




Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat kerja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi.






Suratnya berbunyi begini.............

Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama s ekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke?? Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh.

Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.

Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi Love, Suamimu




PESAN-PESAN


1.    Jadilah pasangan yang bertimbang rasa & bertolak ansur.


2.    Walaupun tidak bernikah atas dasar cinta tetapi, tannggungjawab itu wajib dipikul.


3.    Bermula dari tanggung jawab itu yang bakal menghadirkan rasa cinta (insya-Allah).


4.    Akhir, jangan gaduh-gaduh, tingkatkan ilmu agama dalam melayari kehidupan rumah tangga.


Tuesday, March 6, 2012

Remaja Cuba Bunuh Diri Hanya Kerana Cinta





    Waktu itu saya masih muda, nafsu amarah lebih kuat daripada pertimbangan akal dan iman. Ketika baru mencecah usia 22 tahun, saya bertemu dgn seorang gadis yang benar-benar membuatkan saya dilamun cinta.

    Biarlah saya gelarkan gadis itu sebagai Noor (bukan nama sebenar), berusia 21 tahun. Kami mula berkenalan ketika bekerja secara sambilan di sebuah syarikat di Alor Gajah, Melaka. Di awal percintaan kami, saya begitu berasa bahagia.

    Noor adalah cinta pertama saya. Boleh dikatakan setiap hari, kami akan bertemu. Jika tidak berjumpa, kami pasti berhubung melalui telefon. Kadang-kadang sampai berjam-jam kami berborak di talian melepaskan rindu.

    Namun, bila usia percintaan kami mencecah dua tahun, sikap Noor mula berubah. Perkara ini mula berlaku. Apabila Noor mendapat kerja tetap di sebuah syarikat di bandar Melaka.

    Apabila saya ingin bertemu dengannya, Noor mula memberi seribu alasan. Dalam seminggu pun hanya sekali saya dapat bertemu dgnnya.

    Dia kerap kali pulang lambat dari kerjanya. Jika berbual di telefon pula, baru berborak 10 minit, Noor akan memberi alasan dia sudah mengantuk ataupun mahu menyiapkan kerja pejabat yg dibawanya balik ke rumah.

    Satu hari, seorang rakan saya memberitahu dia terserempak dgn Noor bersama seorang lelaki. Saya meminta Noor supaya menjelaskan kpd saya tentang perkara itu. Akhirnya, selepas puas didesak, Noor mengakui lelaki itu adalah kekasih barunya.

    Noor juga meminta agar memutuskan perhubungan kami. Ketika itu, saya rasakan dunia ini sudah tidak berguna lagi. Sakitnya hati saya, hanya Tuhan yg tahu.



(Gambar Hiasan)
           

    Selepas itu, hidup saya tidak tentu arah. Saya tidak ada mood untuk berkerja. Disebabkan terlalu kerap ponteng, saya dibuang kerja. Kemudian, saya mula berjinak-jinak dengan minuman keras utk menghilangkan tekanan yang dialami.


    Selama bercinta dengan Noor, saya banyak berkorban. Wang ringgit entah berapa ribu saya habiskan untuknya. Kawan-kawan saya ketepikan lantaran mengutamakan dirinya.


    Setiap kali bersendirian, air mata saya akan meleleh mengingati Noor. Saya jadi macam orang gila.


    Satu hari, mahu dijadikan cerita, saya terserempak dengan Noor di bandar Melaka bersama kekasih barunya. Kejadian itu membuatkan hati saya bertambah kecewa. Saya menjadi marah.


    Saya tidak mampu lagi mengawal perasaan. Malam itu, saya pergi ke sebuah kedai dan membeli sebotol racun rumpai. Kemudiannya, saya pulang ke rumah. Ketika itu, hanya seorang rakan saya bernama Amir yang berada di rumah, manakala yang lain-lain sudah keluar. Ketika saya pulang, Amir pula sedang tidur.


    Saya pergi ke dapur. Saya buka botol racun rumpai itu dan tenung botol tersebut dalam-dalam. Perasaan kecewa saya semakin kuat. Perasaan itu seolah-olah mendorong diri saya untuk membunuh diri.

    Fikir saya ketika itu, hanya mati sahajalah jalan untuk menamatkan sengsara akibat cinta yang saya tanggung ini. Saya yakin, bila saya sudah tiada betapa dia tahu, dalamnya cinta saya ini.


(Gambar Hiasan)


    Belum sempat setitis racun itu tertuang di dalam mulut, tiba-tiba rusuk saya dihentak kuat sehingga saya terpelanting dan terperosok ke dinding dapur. Racun rumpai di tangan saya terlepas dan bertaburan di lantai. Saya lihat Amir sedang berdiri dengan muka menyinga.


    “Apa kau buat ni!!? Kau nak bunuh diri? Pasal cinta kau nak bunuh diri kau!!? Apa, tak ada perempuan lain ke dalam dunia ni? Jangan jadi bodoh Rustam!! Jangan jadi bodoh!!,”


    Sehingga ke hari ini, masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Amir di telinga saya. Mujurlah Amir terbangun untuk ke bilik air pada masa itu. Jika tidak, sudah tentu sekarang saya sudah tidak ada lagi dalam dunia ini.

    Semenjak kejadian itu, Amir yang banyak menasihati saya. Dia selalu mengajak saya menyertainya ke ceramah-ceramah agama, kerana kata Amir, Islamlah yang dapat menjadi benteng kekuatan dalam diri kita.




    Lama-kelamaan saya mula sedar, betapa bodohnya diri saya. Saya juga mulai sedar bahawa cinta makhluk, tidak akan kemana. Cinta kepada Allah sahaja kekal abadi.

    Bila terkenangkan kembali peristiwa tersebut, saya berasa amat-amat bersyukur. Jika tidak kerana kasih sayang Allah, sudah pasti saya tergolong dalam kalangan manusia yang mendapat laknat Allah, kerana membunuh diri.



Cintailah Allah S.W.T yang Maha Kekal..


[Sumber: AL ISLAM, Disember 2008/ Zulhijjah 1429H]


RENUNGAN

·        Janganlah membunuh diri kerana ia adalah dosa besar yag akan menyebabkan seseorang itu kekal dalam neraka Jahanam selama-lamanya dengan azab seperti perlakuan dia membunuh diri tersebut.

·        Dari Abu Hurairah r.a berkata: “ Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam neraka Jahannam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka tersebut selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu di dalam neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dan dia aka kekal dalam neraka tersebut selama-lamanya.” (Hadis riwayat Muslim)





                                                         [ UNIC-Demi Cinta Suci ]

Friday, March 2, 2012

JACKY CHAN MAUT KEMALANGAN JALAN RAYA

(Gambar Hiasan)



Timbalan Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting, maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan Seguntor, Sandakan, Jumaat. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Jacky Chan Che Kwok, 50, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori tangki minyak ketika keluar dari simpang Seguntor.

Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.

Katanya kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah bandar Sandakan.

Katanya, jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini.-Bernama



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...