Monday, November 12, 2012

Jenis Hukuman Mati Dunia Moden



Hukuman mati adalah satu proses undang-undang di mana seseorang itu dihukum mati oleh kerajaan sebagai hukuman untuk jenayah. Jenayah yang boleh mengakibatkan hukuman mati adalah dikenali sebagai jenayah berat atau kesalahan berat.


Suntikan Maut




Banduan dibawa ke kebuk pelaksanaan dan dua tiub yang dimasukkan ke dalam tangannya; larutan salina disalurkan melalui tiub. Dalam beberapa minit dua selepas dos terakhir diberikan, doktor mengisytiharkan banduan itu mati. Mayat ini kemudiannya dihantar kepada pegawai rumah mayat.


Kerusi Elektrik



Banduan itu diikat ke kerusi dengan tali logam dan span yang basah diletakkan di kepalanya bagi membantu konduktiviti. Elektrod diletakkan di kepala dan kaki untuk mewujudkan litar tertutup. Pasca pelaksanaan pembersihan adalah satu tugas yang tidak menyenangkan seperti kulit boleh mencairkan kepada elektrod dan seseorang itu selalunya hilang kawalan ke atas fungsi tubuh.Kulit juga biasanya terbakar.


Kebuk Gas



Tukang hukum akan memasuki kebuk dan meletakkannya pelet kalium sianida. Kemudian, campuran asid dengan pelet sianida menjana gas hidrogen sianida (HCN). Banduan umumnya akan diberitahu untuk mengambil nafas yang mendalam dalam usaha untuk tidak sedarkan diri, tetapi dalam kebanyakan kes mereka menahan nafas mereka. Kematian dari hidrogen sianida adalah menyakitkan dan tidak menyenangkan.


Memenggal Kepala



Dalam sesetengah negara yang mematuhi undang-undang syariah Islam, pemotongan kepala masih satu kaedah yang biasanya digunakan bagi pelaksanaan. Selalunya, peralatan yang digunakan ialah pedang melengkung, bermata tunggal. Hukuman itu biasanya dijalankan pada hari Jumaat di khalayak ramai di luar masjid utama bandar selepas solat. Hukuman boleh diambilkira untuk rogol, pembunuhan & jenayah berkaitan dadah.


Gantung


Hukuman gantung dijalankan dalam 3 cara:

Penurunan Pendek:  Banduan itu disuruh untuk berdiri di atas objek yang kemudiannya tujahan jauh dilakukan kepada banduan. Lalu, mereka dibiarkan untuk mati oleh tercekik. Kematian adalah lambat dan menyakitkan.


Banduan dilepaskan dari objek yg rendah dan tergantung.


·        Penggantungan Tergantung: Banduan berdiri di atas tanah dengan tali gantung di leher mereka dan tali gantung kemudian diangkat ke udara, mengambil banduan itu bersama.

Banduan akan ditarik dengan kren dan dibiarkan tergantung.


·       Penurunan Tinggi: berat badan seseorang diambil untuk menentukan tali yang betul dan penurunan akan digunakan untuk memastikan pematahan leher.

Banduan di tujah ke bawah dari lantai dan tergantung

p/s: Jangan biarkan hidup anda diakhiri dengan hukuman mati...

Thursday, September 27, 2012

[ PUISI ] Dengarlah Wahai Duniaku...


Salam Satu Ummah Sedunia....



Masa demi masa kian berlalu, helaian demi helaian kalendar dikoyak, siang malam silih berganti. Segala yang berlaku, berlalu sepantas kilat sahaja. Ketetapan yang tak dapat diubah. Memang ia adalah takdir & ketetapan Yang Maha Kuasa.

Sedar tak sedar lama jugalah saya tidak menerbitkan sebarang artikel dalam masa yang lama. Apakan daya, tugas sebagai seorang penuntut ilmu tak dapat ditinggalkan memandangkan ia adalah bekalan untuk dunia dan akhirat. Tanpa mahu menaip panjang, saya mahu mempersembahkan sebuah sajak buat anda.....
Baca Jangan Tak Baca..!!!!






DENGARLAH WAHAI DUNIAKU

Wahai Duniaku,
Bukan aku membencimu,
Namun hati ini tak mahu mencintaimu,
Kerna gusar langkah ku tersasar.
Bukan aku mahu mencacimu,
Namun jikalau aku memujamu,
Aku lupa pada perjalananku,
Yang sebenar dan hakiki.

Oh Duniaku,
Bukan aku mahu memijakmu,
Tapi jiwa ini tidak ingin menyembahmu,
Kerna engkau bukan Tuhanku.

Bukan kecantikan dan kemewahan,
Yang ada dalam isimu itu aku mahu,
Tetapi masa yang dalam isimu,
Yang mahu aku manfaatkan.

Bukan diatas engkau katilku,
Untuk aku lena dibuai keselesaanmu,
Tapi diatas engkau sejadahku,
Untuk aku bersujud kepada Tuhanku.

Segala yang aku lihat,
Segala yang aku hirup,
Segala yang aku nikmati,
Diatasmu, tak akan kekal.

Aku bakal meninggalkan mu,
Takkan rindu dihatiku meninggalkanmu,
Kerna aku ada Sang Pencipta,
Untuk aku sembah dan aku rindui.



cermin tua
27 september 2013





Thursday, August 16, 2012

Malapetaka Dahsyat Menanti Orang Kafir





Firman Allah SWT: Kepada Tuhannyalah mereka melihat.                
(Surah al Qiyamah:23)

Ibnu Kathir berkata: Iaitu melihat pendapat secara langsung. Inilah juga pendapat ahli Sunnah Wal Jamaah di mana melihat Allah s.w.t adalah perkara yang tidak syak padanya berdasarkan hadis-hadis yang sahih antaranya seperti yang dinyatakan oleh Ibnu al-Jauzi melalui kitabnya al-Mughni dan al-Hadaiq.

Sayid Qutub berkata: Mengapa pula tidak berseri-seri sedangkan mereka memandang keindahan wajah Tuhan mereka? Apabila seseorang melihat keindahan ciptaan Allah di bumi seperti keindahan mayang-mayang, keindahan kembang mekar, keindahan sayap-sayap yang mengepak, keindahan jiwa yang luhur dan perbuatan yang baik, maka perasaan bahagia yang membanjiri hatinya akan melimpah kepada wajahnya dan membuat wajahnya berseri-seri.

Jadi bagaimana pula nanti wajahnya akan berseri-seri jika mereka memandang keindahan Allah Yang Maha Sempurna dalam suasana yang bebas daripada segala gangguan yang wujud di alam buana?

Manusia tidak mencapai darjah ini melainkan apabila ia bersih daripada segala gangguan yang menghalanginya daripada sampai ke darjah yang sukar dikhayalkan ini, iaitu bukan sahaja bersih daripada gangguan-gangguan yang wujud disekelilingnya tetapi juga bersih daeripada gangguan-gangguan dalam dirinya sendiri, yang berbentuk keinginan kepada sesuatu kenikmatan yang lain daripada kenikmatan melihat Allah.

Firman Allah SWT: Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram (Surah al-Qiyamah:24)

Ibnu Khatir berkata: Itulah wajah orang-orang yang jahat yang mana pada hari kiamat wajah-wajah tersebut menjadi muram.

Ini disebabkan amalan mereka yang buruk di dunia dahulu, natijahnya mereka benar-benar sesal, takut, keluh kesah dan amat bimbang atas perbuatan mereka di mahkamah Allah SWT pada hari akhirat.

Firman Allah SWT: Mereka yang bahawa akan ditimpakan kepadanya malapeteka yang amat dahsyat.  (Surah al-Qiyamah:ayat 25)

Mujahid berkata: Iaitu malapetaka.

Qatadah berkata: Iaitu keburukan.

Sayid Qutub antara lain berkata: Dosa yang mereka lakukan menyebabkan mereka berdukacita, muram dan masam sehingga ternanti-nanti malapetaka yang dahsyat yang boleh mematahkan tulang mereka akan ditimpa ke atas mereka.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat dan nikmat daripada Allah SWT yang melayakkan kita menghuni syurga-Nya. Amin.




Monday, July 2, 2012

[ 20 FOTO ] Aksi Mario Balotelli Yang Diedit


Mario Barwuah Balotelli

 
         Kepada yang meminati bola sepak pasti mengenali pemain bernama Mario Balotelli. Sikapnya yang cepat angin dan seorang yang 'gila-gila' sudah sinonim dengan peminat bola sepak terutamanya di EPL. Kepada yang tak mengenali, beliau adalah pemain Liverpool FC & pemain Itali.

         Ketika menentang Jerman dalam pusingan separuh akhir Euro 2012, beliau telah meraikan jaringan beliau dengan membuka baju dan membuat aksi seperti seorang ahli bina badan untuk menyatakan kehebatannya. Atas perbuatannya, beliau dikenakan kad kuning. Oleh sebab itu, ramai orang mula tertarik dengan aksi tersebut dan ada juga yang mengedit gambar tersebut. Di bawah ini adalah gambar-gambar beliau semasa meraikan goal tersebut yang telah diedit menjadi sebuah gambar yang begitu unik & hebat sekali.




Majin Buu
































Edit yang paling 'awesome' lah..!!


Hitler???

Opss...

p/s: Stailo jugak depa buat ni... Memang awesome!!!

Thursday, June 21, 2012

Bidadari & Perempuan dari Dunia



Assalamualaikum, harap sihat semua duhai para pembaca sekalian hendaknya. Terdahulu saya ada menerbitakan kiriman mengenai Kisah Kenikmatan Di Dalam Syurga. Kali ini saya mengutarakan pula isu mengenai Bidadari & Perempuan dari Dunia. Ceritanya memang menarik.

:: SELAMAT MEMBACA::


Bagaimana Perempuan Dari Dunia ?      

       Bila Bila di katakan bahawa para bidadari di syurga nanti kesemuanya jelita, terlalu rupawan serta serba serbinya paling menarik, maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum perempuan 'Ahli Dunia' akan muncul yang akan mengisi mahligai syurga kelak? Di dalam syurga kelak kaum perempuan 'Ahli Dunia' akan muncul jauh lebih rupawan dan menarik dari para bidadari itu sendiri. Wajah mereka lebih cantik dan jelita, kulit tubuh mereka lebih halus dan licin, demikian juga dengan perhiasan dan pakaian mereka jauh lebih menarik dan berharga dari perhiasan para bidadari di syurga. Pada waktu yang sama kaum perempuan dari dunia yang menjadi pengisi taman syurga nanti dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing. lnilah ganjaran yang paling bernilai untuk mereka di mana nanti mereka akan di beri tempat yang istimewa sesuai dengan kebajikan dan amal ibadat yang telah mereka kerjakan di dunia.

Kaum perempuan di beri kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai ujian yang pahit dan manis serta telah pun bertungkus lumus beribadat kepada Allah ketika hidupnya dulu. Di syurga nanti seorang perempuan yang telah bersuami akan terus kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dulu dan di sana nanti dialah yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya. Manakala bagi seorang yang telah berkahwin dengan lebih dari seorang lelaki ketika di dunia, maka di syurga nanti yang kelebihannya mereka akan di beri kebebasan untuk memilih salah satu dari lelaki yang pernah mereka kahwini dulu.


Perempuan-perempuan ini nanti akan tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliaannya daripada bidadari biasa di taman syurga. Dan seperti yang telah di nyatakan bahawa para penghuni taman syurga nanti tidak akan menghadapi masa yang gelap seperti malam. Sebaliknya di syurga nanti para penghuninya melalui hari-harinya seperti bertemu pagi dan petang dengan suatu nur ajaib menjadi cahaya yang bakal meliputi seluruh taman syurga. Di dalam syurga itu kelak tidak akan berlaku sebarang kekecohan, pergaduhan, pertengkaran, sakit hati, hasad dengki dan berbagai-bagai lagi di kalangan para penghuninya yang ramai itu apa lagi di kalangan berpuluh orang bidadari yang menjadi isteri setiap seorang dari lelaki syurga.

(Gambar Hiasan)

Ini kerana segala bibit perasaan dengki, irihati, sombong, bongkak serta sesuatu yang seumpamanya di kikis dan di bersihkan dari hati para penghuninya. Maka aman dan damailah dan akan sentiasa bergemerlapanlah perkampungan syurga setiap saat. Apabila lelaki yang beruntung mula di hantar ke mahligai masing-masing di perkampungan syurga maka akan menunggulah para bidadari yang bakal menjadi isteri masing-masing di pintu mahligai itu dengan kerinduan yang amat sangat. Akan berkatalah para bidadari itu ketika menyambut suami mereka di hari pertemuan paling bererti di syurga nanti. Terlalu lama kami menunggu kedatanganmu. Kami sentiasa riang dan tidak pernah bersedih. Kami sentiasa lurus dan tidak pernah berlaku serong, kami juga hidup dan tidak pemah mati. Mata bidadari itu mengerdip redup dan manis dan tidak henti-henti menatap wajah suami masing-masing dengan hati yang penuh kerinduan. Berkatalah lagi para bidadari itu, "Engkau adalah kekasih kami. Dan kami adalah kekasihmu dan kami juga tidak mengenal orang lain selain darimu."


Demikianlah suci dan bersihnya cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami masing-masing. Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi, mereka tidak akan terpikat dengan lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya. Suami kepada para bidadari itu telah di tentukan awal-awal lagi. Mereka sudah tahu siapakah bakal suami mereka di akhirat kelak. Mereka mulai mengenal suami masing-masing sejak kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi. Apa yang berlaku ke atas diri lelaki tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di Syurga nanti.


(Gambar Hiasan)

Sumpah Bidadari

Apabila seorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan menyebabkan suami tersebut tersinggung atau marah maka akan segeralah para bidadari di syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami dengan berkata: "Janganlah engkau menyakiti dia kerana ini akan menyebabkan kepada kemarahan Allah ke atasmu. Di sisimu cuma untuk sementara sahaja sebab di akhirat nanti yang menjadi suami kami pula". Di syurga nanti kaum lelaki yang menjadi penghulu dan raja di mahligai masing-masing akan menghadapi tempoh perkahwinan dan senggama yang paling nikmat dan lazat.


Senggama mereka tidak akan pernah di gugat oleh perasaan resah dan tenaga yang melemahkan, tanpa di hambat oleh perasaan bimbang kerana mungkin akan memperolehi anak yang ramai lantaran mereka tidak akan beranak lagi di syurga nanti. Kemewahan, kebahagiaan dan kesejahterasan para penghuni syurga menghadapi suatu kehidupan yang sebenar dengan kesenangan yang tidak pernah susut mahupun berkurangan iaitu suatu kehidupan yang kekal abadi. lnilah taman syurga untuk manusia yang mahu berfikir dan menggunakan akalnya kepada perkara-perkara yang kebajikan dan di redhai oleh Allah. Dan syurga itu sendiri bukanlah untuk golongan manusia yang melampaui batas dalam kehidupan mereka setiap hari ketika di dunia.

Demikianlah suci dan bersihnya cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami masing-masing. Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi, mereka tidak akan terpikat dengan lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya. Suami kepada para bidadari itu telah di tentukan awal-awal lagi. Mereka sudah tahu siapakah bakal suami mereka di akhirat kelak. Mereka mulai mengenal suami masing-masing sejak kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi. Apa yang berlaku ke atas diri lelaki tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di Syurga nanti.





Renungan:
‘Kehidupan di syurga memang seronok, tapi anda mesti menelan pahit dan onak dari dunia ini dulu sebagai ‘Ujian Amali’ utk ke syurga yg kekal abadi....’

p/s: Pastikan anda telah membaca artikel:

Sekian... 
Wassalam. Maas salamah wa ilal liqob.

Tuesday, June 19, 2012

Kenapa Perlu Ada Papan Tanda Itu?


   Di sebuah pasar, ada seorang lelaki menjual pelbagai jenis ikan. Lelaki itu menulis pada papan tanda di hadapan gerainya yang berbunyi: ‘Di sini menjual ikan segar’.

  Suatu ketika, datanglah seorang pembeli ke gerainya. Setelah membeli ikan, si pelanggan itu pun berkata: “Mengapa engkau perlu menulis perkataan ‘di sini’ pada papan tanda itu? Sedangkan semua orang memang tahu engkau berniaga ikan di sini, bukannya di sana!”

    “Betul juga kata pelanggan itu,” fikir si penjual ikan.

   Lantas dia memadam perkataan ‘disini’ pada papan tanda itu. Yang tinggal hanya tulisan ‘Menjual ikan segar’.

   Keesokannya, datang pula pelanggan lain. Pun sama, pelanggan itu memberi komen tentang papan tanda tersebut. Katanya: “Mengapa perlu tulis perkataan ‘segar’? Kan semua orang tahu yang kamu jual ikan segar, bukan ikan busuk!”

    “Betul juga katanya itu,” fikir si penjual ikan itu lagi.

   Lantas dia memadam perkataan ‘segar’ dari papan tanda gerainya itu. Yang tinggal hanya tulisan ‘Menjual ikan’.

   Pada hari yang lain, singgah singgah seorang pelanggan yang membeli ikan di gerainya. Pelanggan itu berkata: “Mengapa perlu tulis perkataan ‘Menjual ikan’? Bukankah orang tahu ikan ini untuk dijual, bukan untuk dipamerkan!”

   Si penjual ikan itu mengangguk kepala, tanda setuju dengan pendapat pelanggan itu. Lantas dia memadamkan perkataan ‘Menjual’. Tinggal sahaja perkataan ‘Ikan’ pada papan tanda tersebut.

   Keesokannya, datang pula pelanggan yang lain. Melihat tulisan tersebut, pelanggan itu berkata: “Mengapa kau perlu tulis papan tanda ‘Ikan’? Sedangkan orang tahu di sini memang menjual ikan, bukannya daging!

  Sekali lagi, si penjual tadi bersetuju dengan pendapat pelanggan itu. Akhirnya, dia menurunkan saja papan tanda gerainya. Tiada lagi papan tanda tergantung di hadapan gerainya seperti selalu.

   Sejak itu, si penjual ikan mula merasakan kelainan. Pelanggannya mula berkurangan, tidak seramai dulu. Sebaliknya gerai lain yang menjual ikan lebih mendapat sambutan hebat. Dan apa yang diperhatikannya, peniaga-peniaga lain tetap memasang papan tanda: ‘Ikan untuk Dijual’ di hadapan gerai masing-masing.

  Barulah si penjual ikan itu berfikir, apa masalahnya jika dia terus menggantungkan papan tanda tersebut sedangkan selama ini ia langsung tidak memberi risiko yang buruk terhadap perniagaannya.

  Tetapi, sebaik sahaja dia bertindak membuang papan tanda itu perniagaan ikannya terus merundum. Penjual ikan berfikir, mengapa dia tidak yakin kepada kebolehan dirinya sendiri dan asyik mendengar ‘cakap-cakap’ orang yang belum pasti kebenaranya?

   Pembaca sekalian, jika anda mahu memuaskan hati semua orang, yakinlah bahawa ia sesuatu yang mustahil untuk dilakukan, bahkan ia mungkin akan merugikan diri kita sendiri kelak.  Fikir-fikirkanlah.



[Mastika, November 2011, halaman 36 & 37]

p/s: tak perlu ikut cakap orang tentang strategi berniaga. Kalau boleh ikutlah nasihat tetapi rujuklah dengan yang pakar-pakar berniaga bukan orang yang kita tak tahu tahap ilmunya.....

Monday, June 18, 2012

Talian 0888-888-888 berpuaka?


  

  Pada 2001, Vladimir Grashnov, ketua eksekutif sebuah syarikat telefon bimbit di Bulgaria mewujudkan talian telefon bernombor 0888-888-888 untuk nombor kegunaan peribadinya.

   Namun, tidak lama setelah menggunakan nombor tersebut, Vladimir yang berusia 48 tahun meninggal dunia akibat penyakit barah.

  Tidak lama selepas kematian Vladimir, seorang ketua mafia, Konstantin Dimitrov pula menggunakan talian tersebut. Sewaktu dalam perjalanan untuk memeriksa kegiatan penyeludupan dadah yang ditanganinya, Dimitrov yang berusia 31 tahun ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan di Amsterdam pada tahun 2003. Sewaktu kejadian, Dimitrov turut membawa telefon bimbitnya yang menggunaka talian tersebut.

  Setelah kematian Dimitrov, nombor berpuaka itu terumbang-ambing tidak bertuan sehinggalah Konstantin Dishliev, seorang ejen hartanah yang juga menjalankan penyeludupan kokain secara rahsia mengambil nombor tersebut untuk digunakannya.



Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam pada 2003.
Beliau adalah pemilik kedua nombor telefon 0888 888 888


 Tapi, tidak lama setelah menggunakan nombor berpuaka itu, Dishliev menemui ajal apabila ditembak mati setelah polis berjaya memintas perjalanannya yang cuba menyeludup dadah dari Colombia untuk memasuki Bulgaria pada tahun 2005.

  Sebenarnya dalam tempoh 10 tahun, nombor 0888-888-888 telah meragut tiga nyawa para pemiliknya. Rupa-rupanya nombor puaka itu ibarat sumpahan kepada pemiliknya.

 Akhirnya, syarikat telekomunikasi terpaksa bertindak membatalkan penggunaan nombor berpuaka itu agar maut tidak lagi mengejar pemilik seterusnya.

   Adakah ia hanya sekadar kebetulan semata-mata. Namun tindakan syarikat tersebut membatalkan penggunaannya menampakkan ia benar-benar berpuaka...



[Mastika, Julai 2011]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...