Thursday, September 27, 2012

[ PUISI ] Dengarlah Wahai Duniaku...


Salam Satu Ummah Sedunia....



Masa demi masa kian berlalu, helaian demi helaian kalendar dikoyak, siang malam silih berganti. Segala yang berlaku, berlalu sepantas kilat sahaja. Ketetapan yang tak dapat diubah. Memang ia adalah takdir & ketetapan Yang Maha Kuasa.

Sedar tak sedar lama jugalah saya tidak menerbitkan sebarang artikel dalam masa yang lama. Apakan daya, tugas sebagai seorang penuntut ilmu tak dapat ditinggalkan memandangkan ia adalah bekalan untuk dunia dan akhirat. Tanpa mahu menaip panjang, saya mahu mempersembahkan sebuah sajak buat anda.....
Baca Jangan Tak Baca..!!!!






DENGARLAH WAHAI DUNIAKU

Wahai Duniaku,
Bukan aku membencimu,
Namun hati ini tak mahu mencintaimu,
Kerna gusar langkah ku tersasar.
Bukan aku mahu mencacimu,
Namun jikalau aku memujamu,
Aku lupa pada perjalananku,
Yang sebenar dan hakiki.

Oh Duniaku,
Bukan aku mahu memijakmu,
Tapi jiwa ini tidak ingin menyembahmu,
Kerna engkau bukan Tuhanku.

Bukan kecantikan dan kemewahan,
Yang ada dalam isimu itu aku mahu,
Tetapi masa yang dalam isimu,
Yang mahu aku manfaatkan.

Bukan diatas engkau katilku,
Untuk aku lena dibuai keselesaanmu,
Tapi diatas engkau sejadahku,
Untuk aku bersujud kepada Tuhanku.

Segala yang aku lihat,
Segala yang aku hirup,
Segala yang aku nikmati,
Diatasmu, tak akan kekal.

Aku bakal meninggalkan mu,
Takkan rindu dihatiku meninggalkanmu,
Kerna aku ada Sang Pencipta,
Untuk aku sembah dan aku rindui.



cermin tua
27 september 2013





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...