Wednesday, June 22, 2016

Q I S A S



‘PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA TERLIBAT SKANDAL DADAH.’ Terpampang hangat tajuk tersebut di muka depan akhbar Salam Satu. Jadi fokus ramai. Mereka berpendapat skandal itu cumalah rekaan untuk menjejaskan reputasi beliau selaku pemain top negara. Penyokong kelab, peminat setia, teguh konkrit dibelakang beliau. Merekalah defender terbaik!

“Ini cumalah fitnah untuk menjatuhkan karier saya,” tegas Saifudin pada sidang media.

“Bukan awak?” soal wartawan.

“Ini fitnah!” tegas beliau.

***

Di villa sepi. Roda wheel chair dikunci kemas. Seorang lelaki bersandar tenang. Tonton berita. Ketawa sendiri.

“Kau takkan selamat. Takkan! Haha!.” ketawa dia persis psikopat.

“Karma!” suaranya bergema luas.

***

Saifudin termenung. Biarpun terselamat dari isu dadah, namun sesuatu bermain di fikirannya.  Dia sering dilanda kegelisahan. Berat badan makin menurun, kurang sado seperti dulu. Kini, depresi menghantuinya. Layar ingatannya mengimbau kembali memori lima tahun dahulu.

“Pantang player muda hina ‘star’ macam aku!” bentak Saifudin dalam hati.

“Bunuh sajalah! Bunuh! Bunuh!,” batin berhaluan kirinya mulai menghasut.

“Bagaimanakah?” soal sendirian.

“Dadah....dadah!”

Lazhexophil- dadah sintetik baharu, dimasukkan Saifudin ke dalam botol minuman Aman semasa sesi latihan. Dadah tersebut memberi kesan seperti penghidap AIDS: mati atau jadi mayat hidup.

‘Akhbar Salam Satu: Aman pemain muda negara, meninggal dunia akibat dadah.’ Saifudin puas!

***

Masa berlalu, kondisinya makin buruk. Prestasi merundum. Sudah dua bulan dia direhatkan atas faktor kesihatan. Ketika tidur, dalam mimpi dia didatangi lelaki berkerusi roda.

“Mampus kau celaka! Aku tunggu lama, masih belum mampus!” picagari gergasi diacu ke arah Saifudin.

“Kau siapa? Hah?” soalnya.

“Algojooo!!!”

“Binatang apa tu?”

“Lagi dahsyat dari tedung senduk!”

“Motif?”

“Qisas!”

“Apa salah aku?”

“Konspirasi bunuh.”

Lelaki berkerusi roda bangun, menikam leher Saifudin dengan picagari tersebut. Dia jatuh. Mata terbuntang putih.

“BERITA UTAMA: Pemain nombor satu negara, Saifudin Halim ditemui mati di rumahnya berpunca dari suntikan dos berlebihan dadah jenis Lazhexophil.. bla...bla...bla.” 

pendeta beruk
20/5/15
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...