Sunday, June 9, 2013

Benarkah Burung Cenderawasih Dari Syurga



Tahukah anda sampai hari ini masyarakat Eropah percaya, burung cenderawasih adalah burung syurga. Mengikut nama saintifik, burung cenderawasih ditulis debagai genus Paradisea. Mengikut beberapa rekod pelayaran, masyarakat Eropah mengklasifikasikan nama burung itu sebagai genus syurga kerana burung itu dipersembahkan tanpa kaki. Mengikut beberapa catatan, pada tahun 1522, ahli pelayaran Antonio Pigafetta dan Fernando de Magelhanes menjadi invidu pertama membawa burung berkenaan ke Eropah. Mengikut rekod, Antonio Pigafetta telah mempersembahkan burung ini sebaga hadiah kepada raja Sepanyol.

Oleh sebab bulu burung ini yang sangat cantik, ia kemudiannya menjadi barang dagangan di Eropah. Bagi meninggikan lagi nilainya di kalangan masyarakat, para pedagang menyebarkan kisah kononnya burung ini berasal dari syurga dan hanya terbang di udara tanpa berhenti hinggalah ia mati. Sebab itulah kakinya tiada.


Kisah itu lama-kelamaan menjadi pegangan masyarakat termasuk para pengkaji haiwan era 1500. Sebenarnya, para pedagang telah memotong kaki burung ini sebelum dihantar ke Eropah. Ini kerana para pedagang ini percaya, kaki burung cenderawasih boleh menyebabkan bulunya rosak. Jadi bagi mengelakkan perkara ini berlaku, mereka telah memotong kaki burung ini dan menyebarkan kisah kononnya ia berasal dari syurga.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...