Friday, March 30, 2012

Adakah Homoseksual Satu Penyakit?


      
   Bukan salah tindakan pihak berkuasa, kerana yang mereka lakukan itu adalah menepati hukum dan mengikut undang-undang negara. Sebaliknya berita-berita tersebut menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena dengan segelintir pemuda dan pemudi di negara ini; yang perempuan inginkan perempuan manakala lelaki inginkan lelaki.

    Dahulu kaum ini pernah dihapuskan Allah sperti digambarkan dalam Surah al-Ar’raaf: 80-84.

Surah Al- A'Raaf ayat 80 : Dan Nabi Lut (a.s) juga (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya :"Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

Ayat 81 : "sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meningalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

Ayat 82 : Dan tidak ada jawapan dari kaumnya selain daripada berkata : "usirlah mereka (Nabi Lut (a.s) dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (menda'wa) mensucikan diri.

Ayat 83 : Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

Ayat 84 : Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

Bukti kehancuran Kaum Nabi Luth A.S yang ingkar
perintah Allah & Rasul....

    Nampaknya kelompok ini masih ada, bukan sahaja di negara-negara Barat, tetapi juga negara Islam seperti di Malaysia. Bezanya, disini aktiviti mereka masih di jalankan secara tersembunyi. Di Barat, homoseksualiti sudah diperjuangkan secara terang-terangan, sehingga sudah ada yang berjaya mendapatkan hak untuk ‘berkahwin’.

    Masalah ‘kelainan’ seksual ini merupakan masalah yang cukup rumit. Secara umum, kita sebagai bangsa Timur yang majoritinya Islam, memandang soal ini sebagai penyimpangan yang serius daripada norma-norma kehidupan yang positif. Tetapi di sesetengah negara Barat seperti Amerika dan Britain, ‘kelainan’ ini tidak lagi dianggap sebagai satu penyimpangan seksual, malah kelompok agama juga berbelah bahagi, ada yang pro dan kontra.

Homoseks yang telah wujud di Malaysia....
Nauzubillah....


    Lelaki tertarik secara seksual kepada lelaki bukanlah sifat manusia lelaki yang normal. Sebahagian mereka berasa bersalah terhadap orientasi seksualnya, sehingga mereka menyembunyikan perasaan tersebut. Ada yang menjadi heteroseksual atau mencari bantuan perubatan.

    Sungguhpun begitu, ada juga kelompok tidak setuju dengan kelompok yang menyembunyikan perasaan homoseks tersebut. Menurut mereka manusia mempunyai kecenderungan dalam kebaikan kerana ada roh atau spirit Tuhan yang ditiupkan kepadanya, dan mempunyai keinginan nafsu terhadap yang dilarang kerana adanya syaitan yang selalu berbisik-bisik di hati manusia.

    Pelbagai teori diajukan untuk menjelaskan homoseksualiti. Beberapa kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai ayah yang lemah, atau membesar tanpa serta mempunyai hubungan emosi yang erat dengan ibu, lebih cenderung menjadi homoseksual.
             
    Pengaruh kelainan genetik atau ketidakseimbangan hormon tidak menyokong terjadinya homoseksual. Ini jelas dalam penjelasan Akhi Mubariq Ahmad mengenai homoseksual dan lesbian. Penjelasan ini disokong oleh kajian ilmu genetik.


Adakah genetik harus dipersalahkan..???
                               
    Manusia mempunyai physchological preference dan ada behavioral preference. Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi, terutama dalam keperluan biologi manusia. Menurut kajian, orang yang mempunyai kesukaan terhadap sesama jenis rata-rata tidak mampu mengawal behavioral preference mereka.

    Physchological preference menginginkan orang tersebut untuk suka sesama jenis, dan apabila behavioral preferencenya juga menghendaki yang sama, maka orang tersebut akan hidup sebagaimana perilaku homoseksual. Bila orang tersebut mampu mengendalikan behavioral preferencenya maka orang itu akan hidup sebagaimana perilaku heteroseksual.

    Physchological preference adalah suatu yang tidak boleh diubah, seperti orang normal (bukan gay) lebih suka memilih pasangan berlainan jenis. Sebagaimana dgn gay, Physchological preference mereka lebih suka memilih hubungan sesama jenis. Tetapi perilaku seks homoseksual boleh dikawal dgn behavioral preference itu tadi.

    Homoseksual bukanlah suatu penyakit, tetapi hanyalah nafsu. Sebagaimana Akhi Mubariq Ahmad katakan bahawa, “Syaitan selalu menyuruh atau mempengaruhi manusia supaya melakukan sesuatu yang terlarang. Sudah jelas bahawa homoseksual adalah haram, tidak ada kompromi lagi. Dan nafsu untuk melakukan hubungan dgn sesama jenis bolehlah dikawal, sebagaimana kita mengawal nafsu-nafsu yang lain.”

    Sebagaimana orang yg biasa rasuah, homoseksual juga susah mengawal nafsu mereka. Jadi, di sinilah perlu bantuan saudara-saudara yang lain. Janganlah kita menjauhi serta mencaci maki orang-orang yang sudah jelas atau agak homo, apalagi mereka yg ingin berusaha mengawal nafsu haram tersebut, diperlukan toleransi dan usaha.

      
NAFSU & SYAITAN
yang menjadi 'pendorong setia'..
        
    Toleransi bukan dalam hal perbuatan tersebut, melainkan dgn perlakuannya. Yang buruk adalah kelakuannya, bukanlah orangnya yg tidak luput dari dosa. Juga diperlukan satu suasana di mana segala kegiatan homoseksual tidak tersedia, seperti tempat-tempat pelacuran, peralatan seks yang bersedia menggantikan alat kelamin, serta perbaikan sistem di penjara-penjara. Memang perlu suatu usaha yg menyeluruh, dan jangan biarkan mereka yang homoseksual atau lesbian terus terjerumus dalam kemaksiatan yang nyata. [CeriteraUtara Blog]
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...