Friday, October 24, 2014

[ PUISI ] Jalan Berdarah






JALAN BERDARAH

Masih hanyir darah ku hidu,
Di jalan itu katanya berhantu,
Logik ku berkata, tidak.

Tiada berpenunggu mahupun hantu,
Hakikatnya, manusia itu hantu,
Memandu seperti tidak berilmu,
Berhemah telah tenggelam di lubuk nafsu,
Kalut, tidak boleh menunggu,
Itu yang hantu.

Apabila adab terkubur,
Tolak ansur sudah lebur,
Tunggulah, pasti ada yang tersembur,
Darah, darah, darah.

Laju, mereka begitu melulu,
Ditanya, mana mahu pergi?
Tak sampai pun satu batu.

Menunggang persis orang gila,
Tidak terbilang kenderaan dipintasnya,
Orang lain tidak punya peluang,
Tapi dia mencuri ruang.

Masing-masing punya ego,
Jalan yang aku lalu,
Ikut suka aku,
Tidak diendah tanda yang terpacak,
Dia masih dengan lagak.

Dia menunggang tunggang –langgang,
Dia memandu seperti hantu,
Dialah raja di jalan raya,
Emosinya saja yang mahu diikut,
Lagaknya tak ubah seperti Firaun,
Akhirnya lemas dalam lautan maut.

Di jalan itu terukir kisah pilu,
Penuh emosi dan sayu,
Diadun dengan darah yang masih berbau,
Adakah dengan air mata penyesalan,
Mampu melenyapkan hanyir itu.


Nukilan: cermin tua

p/s: Pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...