Tuesday, October 14, 2014

Kenangan Bersama Mira dan...



Aku ada lah satu pengalaman yang manis dan nikmat yg aku nak ceritakan. Budak ni sekelas aku. Dekat sini biarlah aku gelar Mira saja. Dia memang seorang yg cantik. Wajahnya memang comel. Orangnya kecil-kecil molek saja tapi badannya memang shaped dan montok. Mula2 aku kenal dia dulu, muka dia nampak comot sikit dan agak kurus. Sekarang makin berisi. Dipendekkan cerita, aku, Mira dan beberapa org rakan sekelas yang lain menyertai program perkhemahan di Rimba Tokwa, Sick, Kedah D.A. Memang aku tak dapat tipu perasaan aku, aku memang tertarik kat dia, tapi bila pikir2 balik, malaslah. Iya lah, aku bukannya jenis Mr. Perfect pon. Aku pendamkan saja. OK, masa kat program tu memang aku dan Mira agak rapat, sebab kami satu group lah-kan.

Jadi, setiap aktiviti yang kami buat kat sana, aku mesti curi-curi pandang ushar wajahnya yg comel tu. Aku jadi ketagih, sekali pandang makin nak ushar lagi. Astaga. Kadangkala nafsu jahatku cuba memfokuskan pandangan dengan lebih deep lagi. Astaga sekali lagi. Nak cita lagi, ada satu aktiviti ni kami kena cari benda tersembunyi dalam lumpur. Tak lah dalam, paras paha aku adalah. Kalau Mira ni, ada lah takat pinggang. Nak dijadikan rezeki aku, masa tu, aku, Mira dan kawan2 tengah jadik cam CSI, tiba-tiba aku tersentuh sesuatu, aku cuba raba, rasa macam lembut. Then, aku ramas-ramas. Dalam hatiku berdetik, inilah yang aku cari dan mahukan. Aku pandang Mira, dia pandang aku balik dengan wajah blur. Lalu aku kata dekat dia dgn nada perlahan,

 “Mira, aku dah jumpa belon yang berisi pasir tu.”


Dia pun tersenyum sambil berkata, “We did it, Wan. Ok. Good!” Disebabkan aku jumpa awal belon tu, boleh la dapat point lebih utk group kami. Well done!

Helmi cari apa dalam lumpur tu??

Pada malam tu, group kami diarahkan utk jadi pak guard dan mak guard tak bergaji. Kami disuruh utk round dalam masa 1 jam setengah selepas waktu tidur (dlm pkul 11). Jadi, makanya sampai pukul 12.30 lah kami terpaksa jadi guard. Kami berpecah jadi 2, maknanya jadi 3 org la sebab 7 org satu group. Aku se-geng dgn Mira dan Mul. Jadi berpusing lah kami sekeliling kawasan perkhemahan. Tengah kami ber-guard, tiba-tiba si Mira ni minta nak ke toilet kejap. Ok-lah, ditakdirkan time tu toilet dekat dgn kami. Nasib baik.

Tengah leka aku curi pandang Mira, tiba-tiba dia toleh dekat aku, dia bisik panggil aku. Mata dia juga sempat tengok Mul yang tak perasan dia panggil aku. Aku pun pergi segera ke Mira yang tercegat di pintu tandas tersebut. Perasaan ku gementar berbaur happy. Entah nape. Sambil tersenyum dia berkata pada aku, “Wan, boleh kau tolong jaga sini jap, aku takot la. Tapi jangan intai plak.” Ada juga niat dajal aku sejujurnya, tapi aku cuba positif kan diri, almaklum lah hutan ni nak oii! Tunggu punya tunggu, aku dengar suara Mira mengerang dan mendengus, aku jadi serba tak tentu. Aku cuma pikir time tu dia sakit or penat ke. Panik gak. Pintu berkunci. Aku ketuk, goncang tak pon dibuka. Lastly, aku terpaksa ambik langkah drastik. Tanpa think panjang2, aku panjat jamban disebelahnya. Try, boleh sebab tak licin sgt.

Alangkah terkejutnya, ini yang tak pernah aku tengok sebelum ni, dalam TV ataupun internet. Seorang perempuan bercangkung di mangkuk jamban dengan rambutnya yang panjang ke lantai dengan muka pucat lesi. Darah penuh keliling mangkuk tu. Dalam lubang jamban aku nampak sesuatu macam berbulu bercampur darah. OMG, kepala bayi !!! Suddenly, terkezut tahap dewata 9990 HP aku time tu !!! Tak sedar, aku terjatuh, bupp !! Macam nangka busuk daa.. terbaring lah aku..

Aku cuba bangun. Aikk, dalam khemah? Aku mimpi? Tak sedar, member sebelah aku terjaga, maybe aku terjerit dlm mimpi kot. Dia kata kat aku,

“Hang tu la, tidoq tak baca doa, tinggai habeh group hang kena ronda mlm ni. Hang tau dak depa sikit lagi nak kena seqondoi dgn babi hutan, nasib baik la depa menjerit.. hmmm.” bebel membeq aku oqang peqlih ni.

Breakfast pagi ni agak pahit kelat sikit semacam kopi yg aku minum ni. Iya lah, habis masam muka satu group dgn aku. Ni semua pasal kes semalam lah. Aizat pon mencuka walaupon muka dia ada seiras Mr. Os. Jadi dgn rasmi nya aku pon pohon lah beribu-ribu kemaafan. Mungkin mlm tu aku letih, jadi terus tertidur kot, maklom la padat kot aktiviti kat sini. Gila bak’hang!

 Kalau nak ikut takwim aktiviti, ni hari last lah, sbb pagi esok nak bertolak balik dah. Jadi malam ni kami kena buat something utk persembahan. Ikut la, nak joget ke, berlakon, mak yong, menora, dikir barat, boria, teater, AF ke, maharaja lawak mega, super spontan, pencetus ummah, fear factor ke, nasyid, kilauan emas (eh, tu org tua-tua punya..), dan lain-lain lah! Senang kata bebas. Jadi sambil lunch, kitaorang pun memerah lah sel-sel otak masing2. Terbayang jugak la dalam layar kepala otak aku ni, aku rasa nak buat drama sikit. Ala-ala Titanic gitu. Tapi versi melayu lah. Pastu ada semacam scene lari2 masuk enjin, yang penting scene dalam kereta klasik tu. Tapi bukan tiru sebijik la, ngok! Elok kot rasanya scene kereta tu buat makan-makan je. Org Melayu kan suka makan. Aku tersenyum sorang2. Aizat ushar padat dekat aku.Terkesima lah aku.


 Aku pon tak jadi nak luahkan pendapat tu, sebab over sangat rasanya. Aku angguk setuju pendapat mereka walaupun aku tak paham sebenarnya. Si Mira dengan Jannah ni rancang nak buat drama. Tajok dia ‘Patah Sayap Ku Patah’. Alkesah nya gini, adaptasi drama rasanya ni. Aku bukan jenis minat drama pon. Drama Melayu, Melayu kacukan, Korea, Pinoy, Cina, Jepun, Vietnam, Myammar, Hindustan, Lubnan, Italy, Morocco, Libya, England, Amerika, Yahudi or whatever aku tak taw langsong! Aku pun rasa pening pelik then nak muntah dengan cita dia. Alkisah dia, adalah tiga beradik kelawar kacukan manusia a.k.a pontianak lah, Tonto Razine (dipegang oleh saia), Tonto Fahine (dipegang oleh Aizat), Tonto Zahine (Mul pegang). 

 Mereka ini anak kepada Queen Sofea (Jannah). Malas aku nak cita sebenarnya. Tapi takpe, sebab sebahagian dari experience ni. Panjang jugak la. Ada seorang watak heroin, Indun (Mira) tinggal bersama mak dan kakak tiri nya yang kejam. Setelah bapa dia meninggal sengsara lah hidup si Indun ni. Mak tiri dia nama Maria (Jue pegang) dan kakak tiri Zwoty, nama yahudi kot, sbb jahat! (dipegang oleh Kinah). Ala-ala cindarella gitu.

(Ni watak Indun yg diimaginasikan)


      Jadi, pada malam yg penuh gemerlapan tu, bermula lah lakonan drama kami seperti yang dirancang wlwpon tak seberapa. Jeng-jeng.. Kisah ini tiada kene mengene dgn yg hidop taw mati. Naik lah kami dgn sut kostum murahan. Sayap si tiga beradik ni buat dari kotak je. Watak bdk2 prempuan yg lain, pakai baju kurung, dress semata-mata. Tapi... Mira nampak very2 jojes and biutifuul. Bermain lah watak seperti yg dipelankan. Cerita dia...Jap2 ,cerita ni ala-ala fairy tale sikit dan latar zaman Inggeris pertengahan dedolu. Nindia sinopsis:-

“Tonto Razine bersama mak tunggal nya, merayau ke pekan beli makanan. Diselitkan adegan ke tesco sambil Razine memasukkan duit 20SEN ke dalam mesin penimbang berat (aku tu). Jadi si Indun yang merayau di tesco (tesco zaman pertengahan England) yg tgh cari keja terlanggar Queen Sofea (tipikal drama). Habeh betaboq dwit2 syiling. Si Razine yg tgh menimbang tara ‘KG’nya nampak. Lalu marahlah dia pada Indun tu. “Awak buta ke!, atau saja nak curi duit ??” Jawab Indun, “Encik, saya bukan pencuri, tapi saya org susah, saya nak cari keja. Kbye!.” Lalu berjogging lah si Indun tu sambil matanya merembes-rembes air masin. Namun! Queen Sofea memanggil balek, “Nak, nak.. tunggu!” seketika dia pandang wajah putra sulong dia tu seraya berkata “Zine.....”

 Lalu, berlakulah negosiasi diantara 2 wanita tersebut. Diketotkan cita, pergi lah si Indun ke istana Queen Sofea. Terlopong tenganga seperti scene drama. Ditawarkan Indun jadi bibik istana. Opss... ‘Chief Bibik’. Dari lubok jiwa Tonto Razine, dia kureng suka dgn Indun. Dia anggap negatif pd chief bibik tu. Pressure yg diberikan Razine terhadap Indun memaksa dia undur diri dr mahligai tu. Namun.... Queen Sofea tak izin. Hidung queen dpt hidu perbuatan Zine. Emosi Indun dikongsi queen (cewahhh).
'Tesco' zaman dahulu..


Setelah mengetahui tahap IQ Indun lebih tinggi dr Albert Einstein dan Leonardo Da Vinci, beliau menawarkn kerja sebagai ahli botani dikebun tomato Queen Sofea. Walapon Tonto Razine seekoq pontianak namun beliau saorang vageterian, tak minum darah. Sebagai galang ganti, tomato yg diproses menjadi sos prego adalah kegemaran bliaw. Wlwpon bkerja di kebun tomato mak nya, dia tak curi2 mkn taw. So, work together lah si Zine dan Indun ni. Senang cita, terus rapat lagi. Tapi, seorang lagi putra Queen Sofea menaram si Indun ni, Tonto Fahine. Non-vegeterian dan kaki minum darah. Namun cinta nya tak sesuci Tonto Razine (fuhh ayat..) kerana idamkan darah Indun semata-mata. Namun, briliyen si Zine mengawal Fahine ni dari tergelincer dr landasan. Sorang lagi anak manja queen, Tonto Zahine kureng senang dengan hadirnya, Indun Lim ni... (tak hidup sket watak ni).

Kata ibu dia, Zahine ni seorang pemuzik dan berjiwa mikro. Jadi cepat feeling skit. Baru pulang dari London. Walapon suka muzik tapi dia tak suka karaoke sebab TV pon belum wujud lagi. So.. Bermula lah pergustian dan persilatan cinta ini. Satu tragedi berlaku dimana terjadi peperangan dua beradik ni. Lawan2, si Razine ini tewas dan sayap kelawarnya patah. Mengikut lumrah fetrah haiwan, yg kalah akan berundur. So, sbb separuh kelawar, berundurlah si Zine dari memenangi Indun tersayang. Hairan ibnu ajaib Indun bila si Razine ni suka menjauhkan diri dari dia. Lama jugak la.. Dalam masa tu Fahine cuba magnetkan Indun dgn hatinya.

Ketika ke pasar, Indun terserempak dgn Sword (pelakun pinjaman), si suami kakak tirinya, Zwoty. Lalu berlakulah sesi negosiasi ke restoran mahal-mahal. Semasa berjalan,dijadikan cita, nampak lah anak beranak tiri lagi iri, Maria dan Zwoty akan mereka berdua. Tanpa berfikir panjang, menjelmalah dua beranak ini menjadi raksasa besaw berbekalkan kuasa sihir. Sword dan Indun terbeliak 17saat. Lalu, merapok repeklah si dua beranak ni. Secara tiba-tiba muncul Tonto Razine dgn pedang saktinya. Melibas sana sini, herot petot. Hebat jugak si Razine ni. Mengikut adat cerita tewaslah si raksasa jahat tu. Akibat power Zine ni, lumpuhlah Maria dgn mulut herot petot manakala si anaknya Zwoty terpaksa berdepan muka ala-ala two face dgn mata yg tertutup rapat (buta). Ada lagi...

Terkejut dgn ke‘heroan’ Zine ni, Indun mula mencarut leter sebab kenapa dia menjauhkan diri darinya. Zine bertukar menjadi batu secara tiba2. Berang dgn Zine, Indun menumbuknya, namun perkataan ‘aduh sakitnya’ terhembus keluar dari bibir kering Indun. Setibanya di istana Queen Sofea, Indun merenung tajam Zine seperti singa jantan beristeri12 yang menunggu lapar di pintu McD atau pun KFC. Sperti yang dirancang, Tonto Fahine bakal dikahwinkan dgn Indun.

Hari perkahwinan... Bersama tukang nikah yg tertunggul di depan sejak pagi tadi. Queen Sofea mengiringi Indun yang segak dgn gaun rekaan sepupu Tonto bersaudara, Chicago Cullen. Masalahnya, mata Indun masih lagi bocor. Dgn kasih sygnya, Queen Sofea mengelap lembut air masin Indun menggunakan stok tisu jamban yg digunakan utk istinjak mereka sekeluarga. Setelah kebocoran tiada lagi wlwpun kotex atau pon sofy body fit belum direkacipta lagi, Queen Sofea mengiringi Indun keluar dari Istana ke kebun tomato nya yg dijadikan tempat pernikahan mereka.

Indun memandang figura seorang lelaki. Itulah bakal suaminya. Yang bakal berkongsi suka duka hidup. Yang terpaksa dia masak quaker oat, capati atau cok kodok utk sarapan pagi suaminya. Yang terpaksa dia membuncit perut anak mereka. Yang terpaksa dia tukar status ‘married’ di facebook jika dia berpeluang hidup di era Mark Zuckerberg. Queen Sofea dgn gentle melepaskan genggaman tangannya sebagai simbolik melepaskannya utk kehidupan yang baru. Bersama alunan felo dan beberapa alat muzikal yang dimainkan oleh Tonto Zahine yg sememangnya se-org multi-tusking itu ternyata melonglaikan lagi langkah Indun. 

Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Indun. Indun menggenggam hipokrit tangan Tonto Fahine seperti yg dia tahu. Dia tidak mahu memandang lelaki itu. Terus menuju kehadapan. Walaupun wujud kepelikan, tapi dia endahkan saja. Ketika diarahkan si tukang nikah itu berhadapan bertentang mata, Indun seakan tidak percaya dihadapannya adalah insan yg selama ini mereka berkongsi rasa cinta dan hero yang pernah menyelematkan dia dari serangan ibu dan kakak tirinya itu. Lelaki itu juga kehilangan sayap akibat perang saudara yg tragedik itu. Dia-lah Tonto Razine. Apabila tibanya sesi peluk cium versi melayu, mata Indun sekali lagi bocor, tapi dia seakan menyelam di laut, kadangkala terminum airnya jua. Ketika menatap syahdu mata Indun, Tonto Razine bersuara perlahan;

“Patah sayap ku patah, tak mampu terbang lagi. Bila tanpa cintamu hidupku tak beerti.” Indun tersenyum manis dengan lelehan air mata yang kadangkala menyelinap masuk ke rongga mulut. 

Takpa, tak bulih tqebang takpa, kita naik Flight.” balas Indun. 

Goku & Chi-Chi.. (tak da kena-mengena ngn kesah ni..)
Sebagai ekor cerita, mereka berdua akhirnya bertolak ke mahligai mereka dengan menunggangi seekor naga yang diberi nama Flight yang dihadiahkan oleh Queen Sofea sebagai hadiah perkahwinan mereka. Tonto Razine mengisi minyak zaitun ke mulut Flight. Then, naiklah mereka berdua bersama ion-ion cinta dalam jiwa. Lalu, berkepul-kepul-lah angin dari bontot naga berketurunan Kyroetyrus bersedia utk terbang. Dgn lunaknya sayap Flight melambai-lambai. Para hadirin hadirat didarat juga melambai-lambai, namun apa yg nampak hanyalah bontot naga itu terkemut-kemut kentut mengeluarkan gas hasil proses penghadaman yg begitu ekspres. Makin hilang kelibat naga tersebut makin hampirlah kisah ini ke penghujungnya. Dan... kelibat naga itu pun sudah tidak kelihatan lagi.........

     So, camtu lah kisahnya. Kalau korang rasa panjang sgt, tu hanya imaginasi korang je, realtinya kami hanya berlakon drama lebih kurang 18 minit je. (panjang jugak la tu). Terdapat juga unsur tokok tambah dalam  penceritaan aku ni. Kalau aku nak tahu feeling aku malam ni, hayati lah watak Tonto Razine tu. Dan heroin nya juga amat menjadi. So, rasanya aku happy sangat malam ni. Bersama tepuk gemuruh memang mengembangkan bontot aku ni. Jadi pada malam ni jugak la diadakan majelis penutup. Juara keseluruhan juga bakal diumumkan. Makin berdebar rasanya. Aku tak harap sangat nak jadi juara nih. Ye lah sebab ada group lagi power kot, sangat proaktif dan aktif. Tapi malam ni, aku rasa group aku paling havoc, siap juri menangis lagi. Bukan perempuan, tapi lelaki!

(Upacara selingan.. sementara menunggu keputusan.)


            Time berdebar menanti keputusan diumum, aku duduk sebelah Mira. Kami-lah pasangan dalam drama tadi. Rasa macam real gak. Iya la sebab nak berlakon memang kena feel, so menjadi la lakonan kami. Seketika aku cuba toleh sebelah pandang Mira, serentak aku pandang dia, mata dia tepat menusuk aku. Tiba-tiba aku rasakan sesuatu. Sesuatu yang tak pernah aku rasai sejak aku datang ke sini. Lembut syahdu matanya itu membuatkan aku rasa nak berangkat pergi. Nak kata malu, tidak rasanya. Tapi aku harus pergi kerana rasa itu menyeru aku supaya pergi. Dengan nada yang amat berat, aku terpaksa memberitahu nya.“Mira...... aku nak ke tandas sekejap, tak tahan ni. Sakit perut!.”

“Jangan lama-lama tau, nak start dah penyampaian hadiah...” balas Mira dgn wajah yg agak serius. Demikian, berlakulah proses nyah tinja yang amat melegakan. Habis sisa toksik dibuang dgn penuh rasa ghairah. Fuh, lega. Beberapa minit bercangkung, aku pun angkat punggung setelah semua prosedur dilaksanakan. Aku pun melangkah keluar dari bilik yang menyimpan 1001 aib aku itu. Kedengaran suara En. Asman... “Juara keseluruhan jatuh kepada............. kumpulan 3 !!” Dengan rasa riak dan megah aku terus memanjat pentas tersebut sambil Aizat yang terpaksa melakukan brek di atas tangga setelah melihat aku naik ambil hadiah. Tersenyum lah aku selebar-lebarnya. Rasa macam mimpi pun ada.

         Jadi begitu lah pengakhiran yang baik buat kami. Juga menggondol ‘Persembahan Terbaik’ pada malam tu. Aku rasa malam itulah yang mengangkat kami sebagai juara keseluruhan. Gandingan mantap aku dan Mira tetap takkan aku lupa. Tu lah first time aku jadi hero. Walaupun berpakaian kemeja, seluar hitam, kasut sport, sayap kotak, bersama make-up dari Mira dgn celak jenama Silly Girl persis pencil 2B stabilo. Malam itu juga tidur aku teramat lena. Ditambah dengan suhu yang dingin2 bahasa. Then esoknya, bangun pagi, gosok gigi guna Kodomo Lion, solat subuh, tazkirah buang 2-3 minit, breakfast, gotong-royong, cuci-cuci, kemas-kemas, berkumpul, naik bas dan aku memandang kem itu dengan penuh rasa bercampur baur sebab banyak sangat memori yg manis aku disana. Hmm.............

         Emmphh..!! Sungguh nikmat tak terkata. Bersama Mira dihadapan aku. Tak lupa juga beberapa rakan seperjuangan se-group yang sungguh berbakat dalam lakonan. Sekarang.. kami sedang menikmati hidangan yang menyelerakan, bersama ayam panggang, kambing panggang, ikan panggang, kerang panggang, ketam panggang, udang panggang dan beberapa lagi jenis haiwan yang dipanggang. Ini sebenarnya adalah hadiah kemenangan kami. Ini lah pengalaman paling nikmat sekali kerana perut aku belum kenal erti kenyang. Kalau ditayang di facebook sudah cukup untuk mengalirkan air liur mereka yang melihat, bak keju cair pizza. Dan lebih dahsyat lagi kalau diletakkan di Instagram.

         Dan... inilah yang aku mahu ceritakan dan ia kekal sebagai kenangan paling manis. Soal Mira tu... Aizat telah berjaya mendapatkannya kerana Mira amat tertarik dgn senyuman nya yg mirip Mr. Os tu. Dalam diam sebenarnya dia ni. Aku tak nampak pon diorang rapat dekat sana, tapi dengar2.. hmm.. Mungkin kerana kewujudan whatsapp dan wechat byk memihak kpd Aizat. Ini sebab aku pakai nokia 3310 lah. Sebab phone ni kuat vibrate dia, kadang-kadang boleh ganti kerusi Ogawa dibuat urut. Jadi..., inilah sinopsis kisah ‘Kenangan Bersama Mira dan Kawan-Kawan’ yang tak dapat aku lupakan. Dan sekarang (2.15pm, 10/10/14), aku di bilik sedang menaip baris2 akhir kesah pengalaman ni dan ketika ini aku sedang menaip ayat;

“Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Watak dan perwatakan tiada kena mengena dgn yang hidup atau mati. Bahasa yang digunakan disini mungkin nampak santai dan rojak untuk menampakkan unsur realistik dalam karya yang terbaharu ini. Terima kasih kerana sudi membaca.”    


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...