(Di sebuah
IPT, terdapat satu pasangan sedang berdua-duaan di suatu tempat kononnya sedang
belajar. Lalu datang seorang lelaki dari badan dakwah di IPT tersebut ternampak
lalu menegur perilaku mereka. Demikian adalah dialog perbualan di antara
mereka.)
(Gambar Hiasan) |
(Pasangan) Kami tidak berzina !
(Pendakwah) Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak
menghampiri zina.
Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.
Adakah itu menghampiri zina?
:: Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah
perzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
:: Hari ini, ya. Esok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya.
Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan Syaitan akan memerangkap kamu. Sudah
banyak tipu daya Iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu
dayanya amat halus. Ia menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan
pula terlupa. Siapakah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat
licik. Pengalaman banyak. Ia ada 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah SAW:
Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali
ketiganya adalah syaitan. (Hadis riwayat
Tabrani)
:: Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk
menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan.
Ada yang hanya bercinta dalam telefon & hantar SMS sahaja. Tak pernah
bersua muka pun !
:: Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan
menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti
bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis, akan
mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak terhenti di situ
sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh
membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
:: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul,
ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat
kekasihnya dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati
iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua
kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan).
Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman. (HR Muslim dan Abu Daud)
:: Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak.
Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang
boleh membawa kepada perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja.
:: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa
yang terselit di dalam hati hamba-hamba-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau
cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan
membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan
berselindung disebalik pelajaran mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu.
Jadi, belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat
oleh malaikat Raqib dan Atid?
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni ‘study group’.
:: Study Group ? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum
memanjang, tak macam gaya berdiskusi.Takkan ‘study group’ berdua saja?
Kemana-mana pun berdua. Kalau ya pun, carilah rakan belajar ramai sikit. Kalau
duduk berdua-duaan macam ni. Betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap
saja bincang pelajaran, yang lain tu bayak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh bincang pelajaran.
:: Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada
perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada
nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia.
Kami sama-sama belajar, ‘study group’, saling memberi semangat dan
motivasi.
:: Tak ada kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis
sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis
kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar dengan hanya kaum sejenis.
Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Takkanlah tak ada ruang langsung yang dibenarkan Islam untuk
bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri?
:: Naluri adalah sebahagia daripada kesempurnaan kejadian manusia.
Naluri ingin memiliki dan suka dimiliki (sense of belonging) adalah
fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya.
Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh
bunuh naluri sepertimana yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan
naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri.
:: Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu tanpa diundang. Itu
adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.
Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah
ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa
naluri/nafsu.
Tentu ada cinta secara Islam.
:: Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku
setelah ijab dan kabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus.
Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam.
Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang
lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin,
ia membawa ‘sesuatu’ yang lebih baik iaitu perkahwinan.
Sabda Rasulullah:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling
mencintai kecuali nikah. (HR Ibni Majah)
:: Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?
:: Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik.
Kemudia perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan.
Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian
berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk
makin rapat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam.
Bukankah mereka semakin hampir dan sekat dengan perzinaan.
:: Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan.
Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai ke daerah perzinaan. Kasihanilah
ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih berish tanpa noda daripada
seekor nyamuk sekalipun.
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai
berzina. Kami tahan diuji.
:: Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan
manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya jauhi
perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.
Jadi manusia itu tak tahan diuji?
:: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal
penciptaan manusia, Allahtelah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan
dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu iktibar untuk manusia. Allah
tegah Adam dan Hawa supaya jangan maka buah Khuldi dalam syurga. Buah yang lain
boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaanNya, manusia. Tak tahan diuji.
Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi itu.
Firman Allah SWT:
Wahai Adam! Tinggallaah engkau dan isterimu di dalam syurga serta
makanlah dari makanan sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan jadilah
kamu dari orang-orang yang zalim.
(Surah al-A’araf)
:: Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi
Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan,
takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri.
Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah perzinaan juga
dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan
kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan
Hawa.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan
kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum
buat keputusan berkahwin.
:: Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa sedang bercinta?
Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing
akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan
berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa
bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk
akan ada yang memujuk.
:: Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian
pasanga semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan
bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang. Penyabar, sabar tunggu
pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah
kena tengking. Jadi perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai.
Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.
Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
:: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang
terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang
kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahnya.
:: Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan
mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga
mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan begini. Allah
tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin.
Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mulanya sudah canggung,
bagaimana kesudahannya?
Tanya sedikit, adik angkat, kakak angkat, abang angkat oleh ke?
Ganti bercinta.
:: Semua itu adalah perangkap Iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah
sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan tetapi isinya
adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu
daya Iblis dan syaitan. Budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk ke dalam
perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa sekalipun,
abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan
bertemu dengan zina.
Jadi, seolah-olah orang yang bercinta hilang maruah diri?
:: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh
Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk
cinta akan menyatakan orang yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa
maruah dirinya.
:: Manakala, bagi orang yang menjaga diri tidak mahu terlibat dengan
cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah
lagi. Cintanya kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau
begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
:: Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang
bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri
perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak
berkahwin kecuali dengan orang pernah berzina juga. Mereka tidak layak
berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan
dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik, dan perempuan yang
berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh
lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Nur: ayat 3)
:: Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk
berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu satu penghinaan
Tuhan.
Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahiwin dengan orang yang
pernah bercinta juga?
:: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang
baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati.
:: Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang
musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang
keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia
sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan
bertanggungjawab.
:: Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin
mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu yang baik
untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok
suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia
suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu.
:: Mana ada orang lelaki normal suka pada barang yang ‘second
hand’ sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan
perempuan seperti kereta yang diletakkan di show
room sahaja; display only. Tapi ada yang
boleh test drive. Ada pula
yang kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah
kehulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
:: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa
ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka
ada pasangannya. Firman Alllah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta
orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada
melakukan zina). Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan
pahala yang besar. (al-Ahzaab:ayat
35)
Bagaimana kami?
:: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha.
Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk
mendapat redhaNya.
Kami ingin mendpt redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat
nasuha?
:: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang
memenuhi tiga syarat:
Pertama; Tinggalkan
perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
Kedua; Menyesal.
Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
Ketiga; Berazam.
Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan
seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas Ijab & Kabul.
:: “Ya Allah. Hamba-Mu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa
hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan penerima
taubat. Berilah kekuatan kepada ku untuk menghadapi godaan
keremajaan ini. Anugerahkan kepada ku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah
diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa.Kalian jaga
diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada
orang lain.
Oh Tuhan, hamba-Mu berdosa.....
Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.”
Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!
:: “Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu
mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.”
(Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan
mereka selama ini. Mereka redha atas segala-galanya dan suatu hari nanti jodoh
bakal menyatukan mereka berdua.)

5
TAHUN KEMUDIAN.........
Suasana bingit dan riuh-rendah
menyelubungi rumah Pak Kasim di Kampung Tok Konan, Kepala Batas. Segala
persiapan majlis telah diadakan. Tetamu-tetamu pun hadir. Masing-masing memberi
laluan kepada pengantin yang bakal tiba. Dan yang menariknya, pasangan
pengantin tadi adalah mereka yang pernah bercinta dahulu. Setelah mereka
memutuskan percintaan mereka kerana Allah SWT, akhirnya dipertemukan oleh Allah
SWT kembali. Keputusan bijak yang diambil oleh lelaki tersebut untuk meminang
gadis tersebut setelah mendapat pekerjaan tetap ternyata berbaloi.
Kini, percintaan mereka dibina semula dengan cara yang halal (selepas Ijab
& Kabul). Apa yang mereka lakukan ini lebih di redhai dan disukai oleh
Allah SWT. Dan yang paling utama, sudah tentu jalan ataupun pintu kepada
perzinaan telah tertutup di antara mereka berdua. Yang halal sudah pun dalam
genggaman mereka. Cinta itu memang suatu fitrah, tetapi bagaimanakah acuannya
yang mahu kita bentukkan, samada acuan yang halal ataupun yang haram.
Jadi, sebagai manusia kita perlulah mengikuti segala perintah Allah SWT supaya
kehidupan kita sentiasa bahagia, Insya-Allah.
Lihat juga> KISAH BENAR: Mengapa Aku Dilahirkan Begini