Suatu petang ada seorang remaja perempuan datang berjumpa saya tanpa temu janji. Pakaiannya sopan, bertudung bulat dan wajahnya putih bersih. Dia bertanya berbagai-bagai persoalan agama. Saya menjawab sekadar yang saya tahu.
Dia
bertanya, “Apa hukum anak zina?”
Saya
katakan, “Anak zina tidak bersalah apa-apa. Yang bersalah ibu bapanya. Anak
zina tidak menanggung apa-apa dosa.”
Dia
bertanya lagi, “Apakah hubungan anak zina dengan bapanya?”
Saya
katakan, “Islam tidak mengiktiraf hubungan darah anak zina dengan
bapanya.
Bahkan bapa itu terus boleh berkahwin
dengan anak zinanya.”
Remaja
itu terus bertanya, “Kalau begitu anak zina itu bukan muhrim (dengan bapanya)?”
Saya
menjawab, ”Ya. Anak itu tidak boleh mendedahkan auratnya kepada bapa (zina)
walaupun di rumah, tidak boleh bersalaman apatah lagi mengucup tangannya.”
Tiba-tiba remaja itu tunduk dan kemudian menangis semahu-mahunya. Sesiapa yang
melihat pasti akan turut menangis bersamanya. Dengan sedikit kekuatan yang ada,
dia mengangkat kepalanya seraya berkata, “Saya adalah anak zina”.
Saya
cuba tenangkan perasaannya. “Adakah kamu pasti? ”
Dia
menjawab, “Ya. Saya dengar dari sebelah bilik. Mak Cik bertengkar dengan mak
dan ayah. Dalam keadaan marah, Mak Cik berkata, “Kamu jangan nak tunjuk baik,
warak, Kak Long itu (saya) adalah anak zina.” Apabila saya mendengar kalimah
itu, saya rasakan dunia ini gelap gelita. Saya menangis semahu-mahunya. Mengapa
ayah dan emak lakukan begitu? ”
“Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Saya
masih hidup. Sudah kering air mata. Saya tidak dapat mengubah sejarah. Ayah dan
ibu yang saya kenali, adalah orang yang baik, tidak pernah mengabaikan solat
dan puasa, bahkan mereka berdua amat penyayang, ambil berat pendidikan agama
anak-anak. Saya tidak percaya mereka pernah terlanjur. Tapi ini adalah hakikat.”
Dia terus
menangis dan menangis. Air mata belum dapat menggambarkan luka hatinya.
Ambilah iktibar. Jangan menjadi ibu atau bapa kepada anak zina.
Kasihanilah zuriat kita. Janganlah anak yang tidak berdosa menanggung keaiban
ibu bapa mereka. Mereka tidak mahu dilahirkan sebagai anak zina. Oleh itu,
jangan hampiri zina.
p/s:
“Jika remaja dapat melalui zaman
remajanya yang sukar ini dengan jaya,
tidak ada lagi zaman yang lebih sukar daripada itu.”