Assalamualaikum, harap sihat
semua duhai para pembaca sekalian hendaknya. Terdahulu saya ada menerbitakan
kiriman mengenai Kisah Kenikmatan Di Dalam Syurga. Kali
ini saya mengutarakan pula isu mengenai Bidadari & Perempuan dari
Dunia. Ceritanya memang menarik.
:: SELAMAT MEMBACA::
Bagaimana Perempuan Dari
Dunia ?
Bila Bila di
katakan bahawa para bidadari di syurga nanti kesemuanya jelita, terlalu rupawan
serta serba serbinya paling menarik, maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum
perempuan 'Ahli Dunia' akan muncul yang akan mengisi mahligai syurga kelak? Di
dalam syurga kelak kaum perempuan 'Ahli Dunia' akan muncul jauh lebih rupawan
dan menarik dari para bidadari itu sendiri. Wajah mereka lebih cantik dan
jelita, kulit tubuh mereka lebih halus dan licin, demikian juga dengan
perhiasan dan pakaian mereka jauh lebih menarik dan berharga dari perhiasan
para bidadari di syurga. Pada waktu yang sama kaum perempuan dari dunia yang
menjadi pengisi taman syurga nanti dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami
masing-masing. lnilah ganjaran yang paling bernilai untuk mereka di mana nanti
mereka akan di beri tempat yang istimewa sesuai dengan kebajikan dan amal
ibadat yang telah mereka kerjakan di dunia.
Kaum perempuan di beri
kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga
lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai ujian yang pahit dan manis serta
telah pun bertungkus lumus beribadat kepada Allah ketika hidupnya dulu. Di
syurga nanti seorang perempuan yang telah bersuami akan terus kembali
berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dulu dan di sana nanti dialah
yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya. Manakala bagi
seorang yang telah berkahwin dengan lebih dari seorang lelaki ketika di dunia,
maka di syurga nanti yang kelebihannya mereka akan di beri kebebasan untuk memilih
salah satu dari lelaki yang pernah mereka kahwini dulu.
Perempuan-perempuan ini nanti
akan tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliaannya daripada
bidadari biasa di taman syurga. Dan seperti yang telah di nyatakan bahawa para
penghuni taman syurga nanti tidak akan menghadapi masa yang gelap seperti
malam. Sebaliknya di syurga nanti para penghuninya melalui hari-harinya seperti
bertemu pagi dan petang dengan suatu nur ajaib menjadi cahaya yang bakal
meliputi seluruh taman syurga. Di dalam syurga itu kelak tidak akan berlaku
sebarang kekecohan, pergaduhan, pertengkaran, sakit hati, hasad dengki dan
berbagai-bagai lagi di kalangan para penghuninya yang ramai itu apa lagi di
kalangan berpuluh orang bidadari yang menjadi isteri setiap seorang dari lelaki
syurga.
(Gambar Hiasan) |
Ini kerana segala bibit
perasaan dengki, irihati, sombong, bongkak serta sesuatu yang seumpamanya di
kikis dan di bersihkan dari hati para penghuninya. Maka aman dan damailah dan
akan sentiasa bergemerlapanlah perkampungan syurga setiap saat. Apabila lelaki
yang beruntung mula di hantar ke mahligai masing-masing di perkampungan syurga
maka akan menunggulah para bidadari yang bakal menjadi isteri masing-masing di
pintu mahligai itu dengan kerinduan yang amat sangat. Akan berkatalah para
bidadari itu ketika menyambut suami mereka di hari pertemuan paling bererti di
syurga nanti. Terlalu lama kami menunggu kedatanganmu. Kami sentiasa riang dan
tidak pernah bersedih. Kami sentiasa lurus dan tidak pernah berlaku serong,
kami juga hidup dan tidak pemah mati. Mata bidadari itu mengerdip redup dan
manis dan tidak henti-henti menatap wajah suami masing-masing dengan hati yang
penuh kerinduan. Berkatalah lagi para bidadari itu, "Engkau adalah kekasih
kami. Dan kami adalah kekasihmu dan kami juga tidak mengenal orang lain selain
darimu."
Demikianlah suci dan bersihnya
cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami masing-masing.
Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi, mereka tidak akan terpikat dengan
lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya. Suami kepada para bidadari
itu telah di tentukan awal-awal lagi. Mereka sudah tahu siapakah bakal suami
mereka di akhirat kelak. Mereka mulai mengenal suami masing-masing sejak
kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi. Apa yang berlaku ke atas diri lelaki
tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu
saat pertemuan yang paling bererti di Syurga nanti.
(Gambar Hiasan) |
Sumpah Bidadari
Apabila seorang isteri di dunia
menyakiti hati suaminya dan menyebabkan suami tersebut tersinggung atau marah
maka akan segeralah para bidadari di syurga yang bakal menjadi isteri kepada
suami dengan berkata: "Janganlah engkau menyakiti dia kerana ini akan
menyebabkan kepada kemarahan Allah ke atasmu. Di sisimu cuma untuk sementara
sahaja sebab di akhirat nanti yang menjadi suami kami pula". Di syurga
nanti kaum lelaki yang menjadi penghulu dan raja di mahligai masing-masing akan
menghadapi tempoh perkahwinan dan senggama yang paling nikmat dan lazat.
Senggama mereka tidak akan
pernah di gugat oleh perasaan resah dan tenaga yang melemahkan, tanpa di hambat
oleh perasaan bimbang kerana mungkin akan memperolehi anak yang ramai lantaran
mereka tidak akan beranak lagi di syurga nanti. Kemewahan, kebahagiaan dan
kesejahterasan para penghuni syurga menghadapi suatu kehidupan yang sebenar
dengan kesenangan yang tidak pernah susut mahupun berkurangan iaitu suatu
kehidupan yang kekal abadi. lnilah taman syurga untuk manusia yang mahu
berfikir dan menggunakan akalnya kepada perkara-perkara yang kebajikan dan di
redhai oleh Allah. Dan syurga itu sendiri bukanlah untuk golongan manusia yang
melampaui batas dalam kehidupan mereka setiap hari ketika di dunia.
Demikianlah suci dan bersihnya
cinta dan kasih para bidadari di taman syurga terhadap suami masing-masing.
Cinta mereka sentiasa tidak berbelah bagi, mereka tidak akan terpikat dengan
lelaki lain meskipun semuanya tampan dan bergaya. Suami kepada para bidadari
itu telah di tentukan awal-awal lagi. Mereka sudah tahu siapakah bakal suami
mereka di akhirat kelak. Mereka mulai mengenal suami masing-masing sejak
kelahiran lelaki berkenaan di dunia lagi. Apa yang berlaku ke atas diri lelaki
tadi sentiasa di perhatikan oleh para bidadari ini yang tidak sabar menunggu
saat pertemuan yang paling bererti di Syurga nanti.
Renungan:
‘Kehidupan
di syurga memang seronok, tapi anda mesti menelan pahit dan onak dari dunia ini
dulu sebagai ‘Ujian Amali’ utk ke syurga yg kekal abadi....’
p/s: Pastikan anda telah membaca artikel:
Sekian...
Wassalam. Maas salamah wa ilal liqob.
Wassalam. Maas salamah wa ilal liqob.