Pada 2001,
Vladimir Grashnov, ketua eksekutif sebuah syarikat telefon bimbit di Bulgaria
mewujudkan talian telefon bernombor 0888-888-888 untuk nombor kegunaan
peribadinya.
Namun, tidak lama setelah menggunakan nombor
tersebut, Vladimir yang berusia 48 tahun meninggal dunia akibat penyakit barah.
Tidak lama selepas kematian Vladimir, seorang ketua
mafia, Konstantin Dimitrov pula menggunakan talian tersebut. Sewaktu dalam
perjalanan untuk memeriksa kegiatan penyeludupan dadah yang ditanganinya, Dimitrov
yang berusia 31 tahun ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan di Amsterdam
pada tahun 2003. Sewaktu kejadian, Dimitrov turut membawa telefon bimbitnya
yang menggunaka talian tersebut.
Setelah kematian Dimitrov, nombor berpuaka itu
terumbang-ambing tidak bertuan sehinggalah Konstantin Dishliev, seorang ejen
hartanah yang juga menjalankan penyeludupan kokain secara rahsia mengambil
nombor tersebut untuk digunakannya.
Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam pada 2003. Beliau adalah pemilik kedua nombor telefon 0888 888 888 |
Tapi, tidak lama setelah menggunakan nombor berpuaka itu,
Dishliev menemui ajal apabila ditembak mati setelah polis berjaya memintas
perjalanannya yang cuba menyeludup dadah dari Colombia untuk memasuki Bulgaria
pada tahun 2005.
Sebenarnya dalam tempoh 10 tahun, nombor 0888-888-888
telah meragut tiga nyawa para pemiliknya. Rupa-rupanya nombor puaka itu ibarat
sumpahan kepada pemiliknya.
Akhirnya, syarikat telekomunikasi terpaksa bertindak
membatalkan penggunaan nombor berpuaka itu agar
maut tidak lagi mengejar pemilik seterusnya.
Adakah ia hanya sekadar kebetulan semata-mata. Namun
tindakan syarikat tersebut membatalkan penggunaannya menampakkan ia benar-benar
berpuaka...
[Mastika, Julai 2011]
Berita Harian: Misteri: Nombor telefon maut