Aku
ada lah satu pengalaman yang manis dan nikmat yg aku nak ceritakan. Budak ni
sekelas aku. Dekat sini biarlah aku gelar Mira saja. Dia memang seorang yg
cantik. Wajahnya memang comel. Orangnya kecil-kecil molek saja tapi badannya
memang shaped dan montok. Mula2 aku kenal dia dulu, muka dia nampak
comot sikit dan agak kurus. Sekarang makin berisi. Dipendekkan cerita, aku,
Mira dan beberapa org rakan sekelas yang lain menyertai program perkhemahan di
Rimba Tokwa, Sick, Kedah D.A. Memang aku tak dapat tipu perasaan aku, aku
memang tertarik kat dia, tapi bila pikir2 balik, malaslah. Iya lah,
aku bukannya jenis Mr. Perfect pon. Aku pendamkan saja. OK, masa kat program tu
memang aku dan Mira agak rapat, sebab kami satu group lah-kan.
Jadi,
setiap aktiviti yang kami buat kat sana, aku mesti curi-curi pandang ushar
wajahnya yg comel tu. Aku jadi ketagih, sekali pandang makin nak ushar lagi.
Astaga. Kadangkala nafsu jahatku cuba memfokuskan pandangan dengan lebih deep
lagi. Astaga sekali lagi. Nak cita lagi, ada satu aktiviti ni kami kena cari
benda tersembunyi dalam lumpur. Tak lah dalam, paras paha aku adalah. Kalau
Mira ni, ada lah takat pinggang. Nak dijadikan rezeki aku, masa tu, aku, Mira
dan kawan2 tengah jadik cam CSI, tiba-tiba aku tersentuh sesuatu, aku
cuba raba, rasa macam lembut. Then, aku ramas-ramas. Dalam hatiku berdetik,
inilah yang aku cari dan mahukan. Aku pandang Mira, dia pandang aku balik
dengan wajah blur. Lalu aku kata dekat dia dgn nada perlahan,
“Mira, aku dah jumpa belon yang berisi pasir
tu.”
Dia
pun tersenyum sambil berkata, “We did it, Wan. Ok. Good!” Disebabkan aku jumpa
awal belon tu, boleh la dapat point lebih utk group kami. Well done!
Helmi cari apa dalam lumpur tu?? |
Pada
malam tu, group kami diarahkan utk jadi pak guard dan mak guard tak bergaji. Kami disuruh utk round dalam masa 1 jam
setengah selepas waktu tidur (dlm pkul 11). Jadi, makanya sampai pukul 12.30
lah kami terpaksa jadi guard. Kami berpecah jadi 2, maknanya jadi 3 org la
sebab 7 org satu group. Aku se-geng dgn Mira dan Mul. Jadi berpusing lah kami
sekeliling kawasan perkhemahan. Tengah kami ber-guard, tiba-tiba si Mira ni
minta nak ke toilet kejap. Ok-lah, ditakdirkan time tu toilet dekat dgn kami. Nasib
baik.
Tengah
leka aku curi pandang Mira, tiba-tiba dia toleh dekat aku, dia bisik panggil
aku. Mata dia juga sempat tengok Mul yang tak perasan dia panggil aku. Aku pun
pergi segera ke Mira yang tercegat di pintu tandas tersebut. Perasaan ku
gementar berbaur happy. Entah nape. Sambil tersenyum dia berkata pada aku,
“Wan, boleh kau tolong jaga sini jap, aku takot la. Tapi jangan intai plak.” Ada
juga niat dajal aku sejujurnya, tapi aku cuba positif kan diri, almaklum lah
hutan ni nak oii! Tunggu punya tunggu, aku dengar suara Mira mengerang dan
mendengus, aku jadi serba tak tentu. Aku cuma pikir time tu dia sakit or penat
ke. Panik gak. Pintu berkunci. Aku ketuk, goncang tak pon dibuka. Lastly, aku
terpaksa ambik langkah drastik. Tanpa think panjang2, aku panjat
jamban disebelahnya. Try, boleh sebab tak licin sgt.
Alangkah
terkejutnya, ini yang tak pernah aku tengok sebelum ni, dalam TV ataupun
internet. Seorang perempuan bercangkung di mangkuk jamban dengan rambutnya yang
panjang ke lantai dengan muka pucat lesi. Darah penuh keliling mangkuk tu.
Dalam lubang jamban aku nampak sesuatu macam berbulu bercampur darah. OMG,
kepala bayi !!! Suddenly, terkezut tahap dewata 9990 HP aku time tu !!! Tak sedar, aku terjatuh, bupp
!! Macam nangka busuk daa.. terbaring lah aku..
Aku
cuba bangun. Aikk, dalam khemah? Aku mimpi?
Tak sedar, member sebelah aku terjaga, maybe aku terjerit dlm mimpi kot. Dia
kata kat aku,
“Hang
tu la, tidoq tak baca doa, tinggai habeh group hang kena ronda mlm ni. Hang tau
dak depa sikit lagi nak kena seqondoi dgn babi hutan, nasib baik la depa menjerit.. hmmm.” bebel membeq aku oqang peqlih
ni.
Breakfast pagi ni agak pahit kelat
sikit semacam kopi yg aku minum ni. Iya lah, habis masam muka satu group dgn
aku. Ni semua pasal kes semalam lah. Aizat pon mencuka walaupon muka dia ada
seiras Mr. Os. Jadi dgn rasmi nya aku pon pohon lah beribu-ribu kemaafan. Mungkin
mlm tu aku letih, jadi terus tertidur kot, maklom la padat kot aktiviti kat
sini. Gila bak’hang!
Kalau nak ikut takwim aktiviti, ni hari
last lah, sbb pagi esok nak bertolak balik dah. Jadi malam ni kami kena buat
something utk persembahan. Ikut la, nak joget ke, berlakon, mak yong, menora,
dikir barat, boria, teater, AF ke, maharaja lawak mega, super spontan, pencetus
ummah, fear factor ke, nasyid, kilauan emas (eh, tu org tua-tua punya..), dan lain-lain
lah! Senang kata bebas. Jadi sambil lunch, kitaorang pun memerah lah sel-sel
otak masing2. Terbayang jugak la dalam layar kepala otak aku ni, aku
rasa nak buat drama sikit. Ala-ala Titanic gitu. Tapi versi melayu lah. Pastu
ada semacam scene lari2 masuk enjin, yang penting scene dalam kereta
klasik tu. Tapi bukan tiru sebijik la, ngok! Elok kot rasanya scene kereta tu
buat makan-makan je. Org Melayu kan suka makan. Aku tersenyum sorang2.
Aizat ushar padat dekat aku.Terkesima lah aku.
Aku pon tak jadi nak luahkan pendapat
tu, sebab over sangat rasanya. Aku angguk setuju pendapat mereka walaupun aku
tak paham sebenarnya. Si Mira dengan Jannah ni rancang nak buat drama. Tajok
dia ‘Patah Sayap Ku Patah’. Alkesah nya gini, adaptasi drama rasanya ni. Aku
bukan jenis minat drama pon. Drama Melayu, Melayu kacukan, Korea, Pinoy, Cina,
Jepun, Vietnam, Myammar, Hindustan, Lubnan, Italy, Morocco, Libya, England,
Amerika, Yahudi or whatever aku tak taw langsong! Aku pun rasa pening pelik
then nak muntah dengan cita dia. Alkisah dia, adalah tiga beradik kelawar
kacukan manusia a.k.a pontianak lah, Tonto Razine (dipegang oleh saia), Tonto
Fahine (dipegang oleh Aizat), Tonto Zahine (Mul pegang).
Mereka ini anak kepada
Queen Sofea (Jannah). Malas aku nak cita sebenarnya. Tapi takpe, sebab
sebahagian dari experience ni. Panjang jugak la. Ada seorang watak heroin,
Indun (Mira) tinggal bersama mak dan kakak tiri nya yang kejam. Setelah bapa
dia meninggal sengsara lah hidup si Indun ni. Mak tiri dia nama Maria (Jue
pegang) dan kakak tiri Zwoty, nama yahudi kot, sbb jahat! (dipegang oleh
Kinah). Ala-ala cindarella gitu.
(Ni watak Indun yg diimaginasikan) |
Jadi,
pada malam yg penuh gemerlapan tu, bermula lah lakonan drama kami seperti yang
dirancang wlwpon tak seberapa. Jeng-jeng.. Kisah ini tiada kene mengene dgn yg
hidop taw mati. Naik lah kami dgn sut kostum murahan. Sayap si tiga beradik ni
buat dari kotak je. Watak bdk2 prempuan yg lain, pakai baju kurung,
dress semata-mata. Tapi... Mira nampak very2 jojes and biutifuul.
Bermain lah watak seperti yg dipelankan. Cerita dia...Jap2 ,cerita
ni ala-ala fairy tale sikit dan latar zaman Inggeris pertengahan dedolu. Nindia
sinopsis:-
“Tonto Razine bersama
mak tunggal nya, merayau ke pekan beli makanan. Diselitkan adegan ke tesco
sambil Razine memasukkan duit 20SEN ke dalam mesin penimbang berat (aku tu).
Jadi si Indun yang merayau di tesco (tesco zaman pertengahan England) yg tgh
cari keja terlanggar Queen Sofea (tipikal drama). Habeh betaboq dwit2
syiling. Si Razine yg tgh menimbang tara ‘KG’nya nampak. Lalu marahlah dia pada
Indun tu. “Awak buta ke!, atau saja nak curi duit ??” Jawab Indun, “Encik, saya
bukan pencuri, tapi saya org susah, saya nak cari keja. Kbye!.” Lalu berjogging
lah si Indun tu sambil matanya merembes-rembes air masin. Namun! Queen Sofea
memanggil balek, “Nak, nak.. tunggu!” seketika dia pandang wajah putra sulong
dia tu seraya berkata “Zine.....”
Lalu,
berlakulah negosiasi diantara 2 wanita tersebut. Diketotkan cita, pergi lah si
Indun ke istana Queen Sofea. Terlopong tenganga seperti scene drama. Ditawarkan
Indun jadi bibik istana. Opss... ‘Chief Bibik’. Dari lubok jiwa Tonto Razine,
dia kureng suka dgn Indun. Dia anggap negatif pd chief bibik tu. Pressure yg
diberikan Razine terhadap Indun memaksa dia undur diri dr mahligai tu.
Namun.... Queen Sofea tak izin. Hidung queen dpt hidu perbuatan Zine. Emosi
Indun dikongsi queen (cewahhh).
'Tesco' zaman dahulu.. |
Setelah mengetahui tahap
IQ Indun lebih tinggi dr Albert Einstein dan Leonardo Da Vinci, beliau
menawarkn kerja sebagai ahli botani dikebun tomato Queen Sofea. Walapon Tonto
Razine seekoq pontianak namun beliau saorang vageterian, tak minum darah.
Sebagai galang ganti, tomato yg diproses menjadi sos prego adalah kegemaran
bliaw. Wlwpon bkerja di kebun tomato mak nya, dia tak curi2 mkn taw.
So, work together lah si Zine dan Indun ni. Senang cita, terus rapat lagi.
Tapi, seorang lagi putra Queen Sofea menaram si Indun ni, Tonto Fahine.
Non-vegeterian dan kaki minum darah. Namun cinta nya tak sesuci Tonto Razine
(fuhh ayat..) kerana idamkan darah Indun semata-mata. Namun, briliyen si Zine
mengawal Fahine ni dari tergelincer dr landasan. Sorang lagi anak manja queen,
Tonto Zahine kureng senang dengan hadirnya, Indun Lim ni... (tak hidup sket watak
ni).
Kata ibu dia, Zahine ni
seorang pemuzik dan berjiwa mikro. Jadi cepat feeling skit. Baru pulang dari
London. Walapon suka muzik tapi dia tak suka karaoke sebab TV pon belum wujud
lagi. So.. Bermula lah pergustian dan persilatan cinta ini. Satu tragedi
berlaku dimana terjadi peperangan dua beradik ni. Lawan2, si Razine
ini tewas dan sayap kelawarnya patah. Mengikut lumrah fetrah haiwan, yg kalah
akan berundur. So, sbb separuh kelawar, berundurlah si Zine dari memenangi
Indun tersayang. Hairan ibnu ajaib Indun bila si Razine ni suka menjauhkan diri
dari dia. Lama jugak la.. Dalam masa tu Fahine cuba magnetkan Indun dgn
hatinya.
Ketika ke pasar, Indun
terserempak dgn Sword (pelakun pinjaman), si suami kakak tirinya, Zwoty. Lalu
berlakulah sesi negosiasi ke restoran mahal-mahal. Semasa berjalan,dijadikan
cita, nampak lah anak beranak tiri lagi iri, Maria dan Zwoty akan mereka berdua.
Tanpa berfikir panjang, menjelmalah dua beranak ini menjadi raksasa besaw
berbekalkan kuasa sihir. Sword dan Indun terbeliak 17saat. Lalu, merapok repeklah
si dua beranak ni. Secara tiba-tiba muncul Tonto Razine dgn pedang saktinya.
Melibas sana sini, herot petot. Hebat jugak si Razine ni. Mengikut adat cerita
tewaslah si raksasa jahat tu. Akibat power Zine ni, lumpuhlah Maria dgn mulut
herot petot manakala si anaknya Zwoty terpaksa berdepan muka ala-ala two face dgn
mata yg tertutup rapat (buta). Ada lagi...
Terkejut dgn ke‘heroan’
Zine ni, Indun mula mencarut leter sebab kenapa dia menjauhkan diri darinya.
Zine bertukar menjadi batu secara tiba2. Berang dgn Zine, Indun
menumbuknya, namun perkataan ‘aduh sakitnya’ terhembus keluar dari bibir kering
Indun. Setibanya di istana Queen Sofea, Indun merenung tajam Zine seperti singa
jantan beristeri12 yang menunggu lapar di pintu McD atau pun KFC. Sperti yang
dirancang, Tonto Fahine bakal dikahwinkan dgn Indun.
Hari perkahwinan...
Bersama tukang nikah yg tertunggul di depan sejak pagi tadi. Queen Sofea
mengiringi Indun yang segak dgn gaun rekaan sepupu Tonto bersaudara, Chicago
Cullen. Masalahnya, mata Indun masih lagi bocor. Dgn kasih sygnya, Queen Sofea
mengelap lembut air masin Indun menggunakan stok tisu jamban yg digunakan utk
istinjak mereka sekeluarga. Setelah kebocoran tiada lagi wlwpun kotex atau pon
sofy body fit belum direkacipta lagi, Queen Sofea mengiringi Indun keluar dari
Istana ke kebun tomato nya yg dijadikan tempat pernikahan mereka.
Indun memandang figura
seorang lelaki. Itulah bakal suaminya. Yang bakal berkongsi suka duka hidup.
Yang terpaksa dia masak quaker oat, capati atau cok kodok utk sarapan pagi
suaminya. Yang terpaksa dia membuncit perut anak mereka. Yang terpaksa dia
tukar status ‘married’ di facebook jika dia berpeluang hidup di era Mark
Zuckerberg. Queen Sofea dgn gentle melepaskan genggaman tangannya sebagai
simbolik melepaskannya utk kehidupan yang baru. Bersama alunan felo dan
beberapa alat muzikal yang dimainkan oleh Tonto Zahine yg sememangnya se-org
multi-tusking itu ternyata melonglaikan lagi langkah Indun.
Lelaki itu
menghulurkan tangannya kepada Indun. Indun menggenggam hipokrit
tangan Tonto Fahine seperti yg dia tahu. Dia tidak mahu memandang lelaki itu.
Terus menuju kehadapan. Walaupun wujud kepelikan, tapi dia endahkan saja. Ketika
diarahkan si tukang nikah itu berhadapan bertentang mata, Indun seakan tidak
percaya dihadapannya adalah insan yg selama ini mereka berkongsi rasa cinta dan
hero yang pernah menyelematkan dia dari serangan ibu dan kakak tirinya itu.
Lelaki itu juga kehilangan sayap akibat perang saudara yg tragedik itu. Dia-lah
Tonto Razine. Apabila tibanya sesi peluk cium versi melayu, mata Indun sekali
lagi bocor, tapi dia seakan menyelam di laut, kadangkala terminum airnya jua.
Ketika menatap syahdu mata Indun, Tonto Razine bersuara perlahan;
“Patah sayap ku patah,
tak mampu terbang lagi. Bila tanpa cintamu hidupku tak beerti.” Indun tersenyum
manis dengan lelehan air mata yang kadangkala menyelinap masuk ke rongga mulut.
“Takpa, tak bulih
tqebang takpa, kita naik Flight.” balas Indun.
Goku & Chi-Chi.. (tak da kena-mengena ngn kesah ni..) |
Sebagai ekor cerita,
mereka berdua akhirnya bertolak ke mahligai mereka dengan menunggangi seekor
naga yang diberi nama Flight yang dihadiahkan oleh Queen Sofea sebagai hadiah
perkahwinan mereka. Tonto Razine mengisi minyak zaitun ke mulut Flight. Then,
naiklah mereka berdua bersama ion-ion cinta dalam jiwa. Lalu, berkepul-kepul-lah
angin dari bontot naga berketurunan Kyroetyrus bersedia utk terbang. Dgn
lunaknya sayap Flight melambai-lambai. Para hadirin hadirat didarat juga
melambai-lambai, namun apa yg nampak hanyalah bontot naga itu terkemut-kemut
kentut mengeluarkan gas hasil proses penghadaman yg begitu ekspres. Makin
hilang kelibat naga tersebut makin hampirlah kisah ini ke penghujungnya. Dan...
kelibat naga itu pun sudah tidak kelihatan lagi.........
So, camtu lah kisahnya. Kalau korang rasa
panjang sgt, tu hanya imaginasi korang je, realtinya kami hanya berlakon drama
lebih kurang 18 minit je. (panjang jugak la tu). Terdapat juga unsur tokok
tambah dalam penceritaan aku ni. Kalau
aku nak tahu feeling aku malam ni, hayati lah watak Tonto Razine tu. Dan heroin
nya juga amat menjadi. So, rasanya aku happy sangat malam ni. Bersama tepuk
gemuruh memang mengembangkan bontot aku ni. Jadi pada malam ni jugak la
diadakan majelis penutup. Juara keseluruhan juga bakal diumumkan. Makin
berdebar rasanya. Aku tak harap sangat nak jadi juara nih. Ye lah sebab ada
group lagi power kot, sangat proaktif dan aktif. Tapi malam ni, aku rasa group
aku paling havoc, siap juri menangis lagi. Bukan perempuan, tapi lelaki!
(Upacara selingan.. sementara menunggu keputusan.) |
Time
berdebar menanti keputusan diumum, aku duduk sebelah Mira. Kami-lah pasangan
dalam drama tadi. Rasa macam real gak. Iya la sebab nak berlakon memang kena
feel, so menjadi la lakonan kami. Seketika aku cuba toleh sebelah pandang Mira,
serentak aku pandang dia, mata dia tepat menusuk aku. Tiba-tiba aku rasakan
sesuatu. Sesuatu yang tak pernah aku rasai sejak aku datang ke sini. Lembut
syahdu matanya itu membuatkan aku rasa nak berangkat pergi. Nak kata malu,
tidak rasanya. Tapi aku harus pergi kerana rasa itu menyeru aku supaya pergi.
Dengan nada yang amat berat, aku terpaksa memberitahu nya.“Mira...... aku nak
ke tandas sekejap, tak tahan ni. Sakit perut!.”
“Jangan
lama-lama tau, nak start dah penyampaian hadiah...” balas Mira dgn wajah yg
agak serius. Demikian, berlakulah proses nyah tinja yang amat melegakan. Habis
sisa toksik dibuang dgn penuh rasa ghairah. Fuh, lega. Beberapa minit
bercangkung, aku pun angkat punggung setelah semua prosedur dilaksanakan. Aku
pun melangkah keluar dari bilik yang menyimpan 1001 aib aku itu. Kedengaran
suara En. Asman... “Juara keseluruhan jatuh kepada............. kumpulan 3 !!”
Dengan rasa riak dan megah aku terus memanjat pentas tersebut sambil Aizat yang
terpaksa melakukan brek di atas tangga setelah melihat aku naik ambil hadiah.
Tersenyum lah aku selebar-lebarnya. Rasa macam mimpi pun ada.
Jadi begitu lah pengakhiran yang baik
buat kami. Juga menggondol ‘Persembahan Terbaik’ pada malam tu. Aku rasa malam
itulah yang mengangkat kami sebagai juara keseluruhan. Gandingan mantap aku dan
Mira tetap takkan aku lupa. Tu lah first time aku jadi hero. Walaupun
berpakaian kemeja, seluar hitam, kasut sport, sayap kotak, bersama make-up dari
Mira dgn celak jenama Silly Girl persis pencil 2B stabilo. Malam itu juga tidur
aku teramat lena. Ditambah dengan suhu yang dingin2 bahasa. Then
esoknya, bangun pagi, gosok gigi guna Kodomo Lion, solat subuh, tazkirah buang
2-3 minit, breakfast, gotong-royong, cuci-cuci, kemas-kemas, berkumpul, naik
bas dan aku memandang kem itu dengan penuh rasa bercampur baur sebab banyak
sangat memori yg manis aku disana. Hmm.............
Emmphh..!! Sungguh nikmat tak terkata. Bersama
Mira dihadapan aku. Tak lupa juga beberapa rakan seperjuangan se-group yang sungguh
berbakat dalam lakonan. Sekarang.. kami sedang menikmati hidangan yang
menyelerakan, bersama ayam panggang, kambing panggang, ikan panggang, kerang
panggang, ketam panggang, udang panggang dan beberapa lagi jenis haiwan yang
dipanggang. Ini sebenarnya adalah hadiah kemenangan kami. Ini lah pengalaman
paling nikmat sekali kerana perut aku belum kenal erti kenyang. Kalau ditayang
di facebook sudah cukup untuk mengalirkan air liur mereka yang melihat, bak
keju cair pizza. Dan lebih dahsyat lagi kalau diletakkan di Instagram.
Dan... inilah yang aku mahu ceritakan
dan ia kekal sebagai kenangan paling manis. Soal Mira tu... Aizat telah berjaya
mendapatkannya kerana Mira amat tertarik dgn senyuman nya yg mirip Mr. Os tu.
Dalam diam sebenarnya dia ni. Aku tak nampak pon diorang rapat dekat sana, tapi
dengar2.. hmm.. Mungkin kerana kewujudan whatsapp dan wechat byk
memihak kpd Aizat. Ini sebab aku pakai nokia 3310 lah. Sebab phone ni kuat
vibrate dia, kadang-kadang boleh ganti kerusi Ogawa dibuat urut. Jadi...,
inilah sinopsis kisah ‘Kenangan Bersama Mira dan Kawan-Kawan’ yang tak dapat
aku lupakan. Dan sekarang (2.15pm, 10/10/14), aku di bilik sedang menaip baris2
akhir kesah pengalaman ni dan ketika ini aku sedang menaip ayat;
“Kisah
ini adalah rekaan semata-mata. Watak dan perwatakan tiada kena mengena dgn yang
hidup atau mati. Bahasa yang digunakan disini mungkin nampak santai dan rojak
untuk menampakkan unsur realistik dalam karya yang terbaharu ini. Terima kasih
kerana sudi membaca.”