Aku masih
ingat detik gembira itu. Bagi insan yang lain, ia nampak seperti biasa. Tapi,
bagi aku dan jiran, yang merangkap sebagai sahabat setia aku, amat merasa
bertuah jika berjaya menjejakkan kaki keluar dari neraka dunia ini. Setiap hari
kami tak ubah seperti robot yang telah diprogramkan untuk melakukan sesuatu.
Bergerak seperti rela, namun hati amat berbeza.
Ada juga seharian aku terkurung. Aku merenung sejauh-jauhnya seolah-olah aku nampak segala-galanya. Aku selalu teringatkan keluargaku dikampung. Bagaimana agaknya mereka melayari sebuah kehidupan berjirankan tohmahan dangkal manusia? Seharian juga aku memohon ampun kepada Tuhan. Tika waktu inilah aku terlalu mengidam untuk mebaca al-Quran walaupun sebelum ini jarang sekali aku membacanya. Namun, hanya kadang-kadang aku berpeluang membacanya.
Ada juga seharian aku terkurung. Aku merenung sejauh-jauhnya seolah-olah aku nampak segala-galanya. Aku selalu teringatkan keluargaku dikampung. Bagaimana agaknya mereka melayari sebuah kehidupan berjirankan tohmahan dangkal manusia? Seharian juga aku memohon ampun kepada Tuhan. Tika waktu inilah aku terlalu mengidam untuk mebaca al-Quran walaupun sebelum ini jarang sekali aku membacanya. Namun, hanya kadang-kadang aku berpeluang membacanya.
Pernah juga
aku mendengar cerita tentang penghuni yang disebat. Pedih katanya. Amat sakit.
Habis longgar sendi lututku. Hampir juga aku terkencing. Kenapa? Kenapa takut?
Mana tidaknya, aku juga bakal menghadap dengan rotan berbisa itu! Bersama
ketakutan, akhirnya aku menghadap juga hukuman tersebut. Aku dimasukkan dalam
sebuah bilik. Suasananya begitu menyeramkan. Ketibaanku dinantikan oleh seorang
pegawai. Lagaknya seolah-olah cuba menciplak gaya Munkar dan Nakir. Aku dibogelkan.
Rasa macam di Guantanamo.
Punggungku
dibiarkan terbonjol seperti ban kentang yang berharga RM 2.70. Dilapik daerah
sekitarnya menggunakan sejenis alat seperti span yang telah dipakai oleh
berpuluh atau beratus penghuni. Pegawai tersebut menarik kepalaku rapat. Mataku
ditutup olehnya. Mulutku dibiar ternganga. Tiba-tiba, bunyi tapak kaki yang
kuat kedengaran. Tak lama kemudian pegawai dihadapanku berkata, “Satu!”.
“Pang!” Berserta
bunyi itu, disusuli pula oleh jeritanku yang mungkin menitiskan air mata ibuku
sekiranya dia mendengarnya. Sakitnya tak terkata. Aku lebih rela dirotan oleh
Cikgu Nizam semasa di tingkatan tiga dahulu. Belum sempat beransur hilang sakit
itu, ditambah pula yang kedua. Bertambahlah rasa sakitnya sampai yang
seterusnya. Hingga punggungku merasa kebas. Seakan reseptor sakit tidak mampu
lagi berfungsi. Aku juga merasa lemah. Hampir pengsan. Pegawai tersebut
menampar muka aku supaya penglihatanku tidak menjadi gelita.
Berhari-hari,
berminggu-minggu aku terpaksa hidup bertemankan kesakitan itu. Tidur
bertemankan mimpi ngeri. Ku rasakan seperti seluruh kudratku telah lumpuh. Urat
nadi telah putus. Seperti daun yang kering mereput di tanah. Kudratku lemah tak
terdaya.
Jasad yang longlai tak
mampu meleburkan semangat jiwa. Itulah kekuatanku. Aku sabar dan redha dengan
segala ujian. Besi-besi yang wujud disekeliling itulah menjadi contoh untuk aku
terus kuat dan tabah. Bersama sahabat-sahabat yang banyak memberi sumber tenaga
untuk jiwaku, dinding-dinding yang memberi motivasi secara pasif buat aku dan
pegawai-pegawai yang memberi psikologi songsang untuk aku. Aku takkan pernah
lupa semuanya. Ia memadamkan mitos kepada aku bahawa kehidupan disini
meruntuhkan keseluruhan hidup. Ternyata tidak. Sedikit sebanyak ia memberi
motivasi buat aku.
Kini, aku berada diluar
sangkar besi yang penuh sepi itu. Aku memandangnya dan seluruh isinya bersama
sebuah senyuman yang sukar dihentikan. Aku perlu belajar semula untuk hidup di
dunia yang pelbagai ragam ini. Ada putih, ada hitam. Perlu berjaga-jaga.
Bersama perisai dari tikaman lidah manusia yang begitu berbisa. Aku perlu
bersedia. Kembali ke pangkuan keluarga bersama keredaan dan kemesraan amat aku
hargai. Syukur. Aku kini seumpama lahir kembali ke dunia ini, perlu belajar
segala-galanya semula. Mengharapkan manusia dan sekeliling menjadi guru buat
aku. Aku mahu jadi manusia baru!
Sekian,
T.A.M.A.T.