Bukan salah tindakan pihak berkuasa, kerana yang mereka lakukan
itu adalah menepati hukum dan mengikut undang-undang negara. Sebaliknya
berita-berita tersebut menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena dengan
segelintir pemuda dan pemudi di negara ini; yang perempuan inginkan perempuan
manakala lelaki inginkan lelaki.
Dahulu kaum ini pernah dihapuskan Allah sperti
digambarkan dalam Surah al-Ar’raaf: 80-84.
Surah Al- A'Raaf ayat 80 : Dan Nabi Lut
(a.s) juga (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya
:"Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan
oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
Ayat 81 : "sesungguhnya
kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meningalkan
perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
Ayat 82 : Dan tidak ada jawapan dari kaumnya
selain daripada berkata : "usirlah mereka (Nabi Lut (a.s) dan
pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini sesungguhnya mereka adalah
orang-orang yang (menda'wa) mensucikan diri.
Ayat 83 : Maka Kami selamatkan dia dan
keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari
orang-orang yang dibinasakan.
Ayat 84 : Dan kami telah menghujani mereka
dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu lihatlah, bagaimana akibat
orang-orang yang melakukan kesalahan.
Bukti kehancuran Kaum Nabi Luth A.S yang ingkar perintah Allah & Rasul.... |
Nampaknya kelompok ini masih ada, bukan sahaja
di negara-negara Barat, tetapi juga negara Islam seperti di Malaysia. Bezanya,
disini aktiviti mereka masih di jalankan secara tersembunyi. Di Barat,
homoseksualiti sudah diperjuangkan secara terang-terangan, sehingga sudah ada
yang berjaya mendapatkan hak untuk ‘berkahwin’.
Masalah ‘kelainan’ seksual ini merupakan
masalah yang cukup rumit. Secara umum, kita sebagai bangsa Timur yang
majoritinya Islam, memandang soal ini sebagai penyimpangan yang serius daripada
norma-norma kehidupan yang positif. Tetapi di sesetengah negara Barat seperti
Amerika dan Britain, ‘kelainan’ ini tidak lagi dianggap sebagai satu
penyimpangan seksual, malah kelompok agama juga berbelah bahagi, ada yang pro
dan kontra.
Homoseks yang telah wujud di Malaysia.... Nauzubillah.... |
Lelaki tertarik secara seksual kepada lelaki bukanlah sifat
manusia lelaki yang normal. Sebahagian mereka berasa bersalah terhadap
orientasi seksualnya, sehingga mereka menyembunyikan perasaan tersebut. Ada
yang menjadi heteroseksual atau mencari bantuan perubatan.
Sungguhpun begitu, ada juga kelompok tidak
setuju dengan kelompok yang menyembunyikan perasaan homoseks tersebut. Menurut
mereka manusia mempunyai kecenderungan dalam kebaikan kerana ada roh atau
spirit Tuhan yang ditiupkan kepadanya, dan mempunyai keinginan nafsu terhadap
yang dilarang kerana adanya syaitan yang selalu berbisik-bisik di hati manusia.
Pelbagai teori diajukan untuk menjelaskan
homoseksualiti. Beberapa kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai ayah yang
lemah, atau membesar tanpa serta mempunyai hubungan emosi yang erat dengan ibu,
lebih cenderung menjadi homoseksual.
Pengaruh kelainan genetik atau
ketidakseimbangan hormon tidak menyokong terjadinya homoseksual. Ini jelas
dalam penjelasan Akhi Mubariq Ahmad mengenai homoseksual dan lesbian.
Penjelasan ini disokong oleh kajian ilmu genetik.
Adakah genetik harus dipersalahkan..??? |
Manusia mempunyai physchological
preference dan ada behavioral
preference. Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi, terutama dalam keperluan
biologi manusia. Menurut kajian, orang yang mempunyai kesukaan terhadap sesama
jenis rata-rata tidak mampu mengawal behavioral preference mereka.
Physchological
preference menginginkan orang
tersebut untuk suka sesama jenis, dan apabila behavioral
preferencenya juga menghendaki yang sama, maka orang tersebut akan hidup
sebagaimana perilaku homoseksual. Bila orang tersebut mampu mengendalikan behavioral preferencenya maka
orang itu akan hidup sebagaimana perilaku heteroseksual.
Physchological
preference adalah suatu yang
tidak boleh diubah, seperti orang normal (bukan gay) lebih suka memilih
pasangan berlainan jenis. Sebagaimana dgn gay, Physchological preference mereka lebih suka memilih hubungan
sesama jenis. Tetapi perilaku seks homoseksual boleh dikawal dgn behavioral preference itu tadi.
Homoseksual bukanlah suatu penyakit, tetapi
hanyalah nafsu. Sebagaimana Akhi Mubariq Ahmad katakan bahawa, “Syaitan selalu
menyuruh atau mempengaruhi manusia supaya melakukan sesuatu yang terlarang.
Sudah jelas bahawa homoseksual adalah haram, tidak ada kompromi lagi. Dan nafsu
untuk melakukan hubungan dgn sesama jenis bolehlah dikawal, sebagaimana kita
mengawal nafsu-nafsu yang lain.”
Sebagaimana orang yg biasa rasuah, homoseksual
juga susah mengawal nafsu mereka. Jadi, di sinilah perlu bantuan
saudara-saudara yang lain. Janganlah kita menjauhi serta mencaci maki
orang-orang yang sudah jelas atau agak homo, apalagi mereka yg ingin berusaha
mengawal nafsu haram tersebut, diperlukan toleransi dan usaha.
NAFSU & SYAITAN yang menjadi 'pendorong setia'.. |
Toleransi bukan dalam hal perbuatan tersebut, melainkan dgn
perlakuannya. Yang buruk adalah kelakuannya, bukanlah orangnya yg tidak luput
dari dosa. Juga diperlukan satu suasana di mana segala kegiatan homoseksual
tidak tersedia, seperti tempat-tempat pelacuran, peralatan seks yang bersedia
menggantikan alat kelamin, serta perbaikan sistem di penjara-penjara. Memang
perlu suatu usaha yg menyeluruh, dan jangan biarkan mereka yang homoseksual
atau lesbian terus terjerumus dalam kemaksiatan yang nyata. [CeriteraUtara
Blog]